Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW

Bacaan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW. Berselawat ke atas Nabi mengandungi banyak kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya,” (Surah Al-Ahzab: 56). Berikut dikongsikan bacaan selawat Nabi Muhammad SAW beserta bacaan dalam video. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji tidak terhad kepada sambutan Maulidur Rasul.

Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW
Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW

Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW

Mencintai Nabi Muhammad SAW, termasuk satu daripada kesempurnaan iman. Bahkan dengan mencintai Nabi seseorang hamba itu dikurniakan kemanisan iman. Anas bin Malik meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bersabda, maksudnya

“Tiga hal, yang apabila seorang memilikinya, maka akan mendapatkan manisnya; orang yang menjadikan ALLAH dan RasulNya lebih ia cintai daripada selainnya, orang yang mencintai seorang hamba hanya karena ALLAH, dan orang yang benci pada kekafiran setelah ALLAH selamatkan darinya sebagaimana benci dilemparkan ke neraka.” (riwayat al Bukhari)

Bahkan setiap orang beriman wajib mencintai Nabi melebihi dari semua makhluk yang lain termasuk dirinya sendiri. Salah satu dari tuntutan cinta kepada Nabi ialah membaca selawat kepadanya. Bahkan dalam al-Quran ALLAH menyebut secara khusus tentang kelebihan selawat, ertinya:

“Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah untuk Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (surah Al-Ahzab, 33: 56)

Dari Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, ertinya:

“Siapa yang berselawat untukku satu kali maka ALLAH akan berselawat untuknya 10 kali.” (riwayat Imam Muslim)

Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW
Selawat Nabi Muhammad SAW

Video Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW

Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

  1. Melaksanakan perintah Allah.
  2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
  3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
  4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
  5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
  6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
  7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
  8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
  9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
  10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
  11. Allah akan menutupi segala dukacita.
  12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
  13. Mendapat darjat al-Sidq.
  14. Ditunaikan segala hajat.
  15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
  16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
  17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
  18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
  19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
  20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
  21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
  22. Tidak akan merasai fakir.
  23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
  24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
  25. Selawat akan menjemput setiap pengucapamnya ke jalan syurga.
  26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
  27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
  29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
  30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
  31. Akan mendapat keberkatan daripada Allah.
  32. Mendapat kesempurnaan iman.
  33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
  34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
  35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
  36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
  37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
  38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
  39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
  40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
  41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
  42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Marilah sama-sama kita berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita mampu memperoleh ganjaran besar daripada Allah SWT di hari akhirat kelak.

Kredit https://www.utusan.com.my/rencana/agama/himpunan-kitab-selawat-nabi-saw-1.206089 &
http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/fathul-bari/selawat-tanda-cinta-nabi-1.125508

MuftiNSGov.my