Harga Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini

Kadar Bayaran Harga Terkini Buat Pasport. Berapakah kadar bayaran/ harga untuk membuat atau memperbaharui Passport Antarabangsa? Berikut dikongsikan kadar bayaran Harga Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini yang dikongsikan dari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (KDN). Untuk makluman, pasport Malaysia adalah satu dokumen perjalanan yang sah dan dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia untuk maksud perjalanan luar negara.

  • Cara buat pembaharuan pasport antarabangsa Malaysia melalui MyOnline Pasport

Harga Pasport Malaysia Antarabangsa 2017

Harga Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini

Berkuatkuasa 15 Januari 2015, bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia bagi warga berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh lima tahun diturunkan daripada RM300 kepada RM200. Kadar bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah pula serta jemaah haji adalah RM100. Permohonan Orang Kelainan Upaya (OKU) kekal percuma.

Serentak dengan itu semua permohonan pasport antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran RM100 adalah dimansuhkan.

Kadar bayaran buat pasport Malaysia Antarabangsa adalah seperti berikut :-

Harga Buat Pasport Dalam Ringgit Malaysia

1

Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun)  RM200

2

Warga emas (60 tahun ke atas)  RM100

3

Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)  RM100

4

Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah)  RM100

5

Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik)  RM100

6

Orang Kelainan Upaya (OKU)  Percuma

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia

Semoga senarai Harga Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini ini boleh dijadikan panduan buat semua. Ingat, sebelum keluar negara, sila pastikan nama anda tidak tersenarai dalam senarai hitam Imigresen.