Logo Halal JAKIM Yang Sah Beserta Logo Palsu

Cara Mengetahui Logo Halal JAKIM Yang Sah. Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam Logo Halal Malaysia? Loga mana pula yang palsu? Berikut dikongsikan Logo Halal JAKIM Yang Sah Beserta Logo Palsu yang dikongsikan dari FB Bahagian Halal JAKIM. Perkongsian ini dapat membantu umat Islam Malaysia dalam memilih atau menentukan samada makanan itu Halal atau Haram. Mencari yang halal itu adalah fardhu (wajib) bagi orang Islam.

Logo Halal JAKIM Yang Sah

Logo Halal JAKIM Yang Sah

Berikut dikongsikan ciri-ciri logo halal JAKIM yang sah yang mempunyai maklumat berikut :-

  1. Perkataan Malaysia dalam bulatan 
  2. Bintang berbucu 8 di tengah bulatan
  3. Perkataan Arab “Halal” di tengah bintang
  4. 2 bintang kecil berbucu 5 bagi memisahkan tulisan rumi dan Arab
  5. Tulisan HALAL di tengah
  6. Tulisan “MALAYSIA” dalam Arab
  7. Contoh No. Standard MS 1500:2009
  8. No. Rujukan Permohonan

Logo Halal Palsu 

Pengguna Islam juga boleh mengenalpasti logo halal yang palsu atau tidak sah dengan merujuk kepada grafik di bawah ini.

Ciri-Ciri Logo Halal JAKIM Malaysia

 Aduan Salahguna Logo Halal

Justeru, untuk sebarang aduan berkenaan penyalahgunaan logo halal boleh diajukan kepada pihak JAKIM di:-

email : [email protected]

No Tel : 03-8892 5000/1

Pastikan aduan anda lengkap bagi mengelakkan salah faham dan mengandungi maklumat berikut:-

  1. Nama pengadu
  2. Alamat pengadu
  3. No Kad Pengenalan pengadu
  4. No Tel/Hp pengadu
  5. Emel pengadu
  6. Nama Produk (Lampirkan gambar bungkusan produk)
  7. Alamat pengilang/pengeluar

(Maklumat anda adalah rahsia)

Semoga perkongsian Logo Halal JAKIM Yang Sah ini boleh dijadikan panduan buat semua umat Islam di Malaysia.