Niat Puasa Hari Arafah

Lafaz Niat Puasa Hari Arafah. Tarikh puasa dan niat puasa Hari Arafah 2016? Tarikh Puasa hari Arafah di Malaysia adalah pada 9 Zulhijjah 1437H bersamaan dengan 11 September 2016 (Hari Ahad). Disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji untuk berpuasa Hari Arafah (Hari Wukuf) dan ianya mempunyai ganjaran yang besar.

  • “Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang” : berdasarkan hadis Nabi Muhammad.  
Niat Puasa Hari Arafah
Niat Puasa Hari Arafah

 Tarikh Puasa Hari Arafah

Umat Islam di Malaysia adalah disunatkan untuk berpuasa Sunat Arafah pada tarikh 9 Zulhijjah 1437 Hijrah yang jatuh pada hari Ahad, 11 September 2016 mengikut kalendar Islam di Malaysia. Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Haji/ Aidiladha 2016 atau Hari Raya Korban pada hari Isnin, 12 September 2016 yang merupakan cuti umum/ hari kelepasan am.

Lafaz Niat Puasa Hari Arafah

Berikut adalah Lafaz Niat Puasa Sunat Arafah :-

niat Puasa hari Arafah

  • Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.

Kredit Shafiqolbu