Sebab Permohonan BR1M Gagal Atau Ditolak

Punca Atau Sebab Permohonan BR1M 2017 Gagal Atau Ditolak. Hendak tahu apakah punca anda tidak mendapat bantuan BR1M 2017? Berikut dikongsikan Punca Atau Sebab Permohonan BR1M Gagal Atau Ditolak. Pemohon BR1M 2017 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) pasti mengharapkan permohonan mereka diterima atau diluluskan. Namun tidak semua yang memohon BR1M akan diluluskan kerana setiap permohonan baru dan kemaskini selepas tarikh tutup akan melalui proses semakan oleh agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Pendaftaran Negara, LHDN, KWSP, KWAP, SSM dan lain-lain lagi. Jadi apakah punca atau sebab permohonan BR1M anda gagal atau tidak diluluskan?

Sebab Permohonan BR1M Gagal Atau Ditolak

Sebab Permohonan BR1M Gagal Atau Ditolak

Berikut dikongsikan punca atau sebab permohonan BR1M anda ditolak atau tidak diluluskan :-

  1. Tidak mengemaskini permohonan BR1M bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (2014)
  2. Maklumat tanggungan yang tidak tepat
  3. Memohon lebih dari satu kali (suami dan isteri membuat permohonan berasingan)
  4. Tidak menyertakan dokumen pengesahan seperti dokumen kematian pasangan, dokumen pengesahan penceraian dan penyata gaji
  5. Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus berkahwinNo MyKad tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk nama yang berbeza dengan data JPN.
  6. Silap mengisi borang dan maklumat tidak lengkap samada permohonan secara online atau manual. Bagaimanapun, mereka terlibat masih boleh mendapatkan bantuan tersebut setelah membuat rayuan dan melakukan pembetulan dalam borang berkaitan.
  7. Memang tidak layak kerana pendapatan melebihi syarat kelayakan BR1M 2017 itu sendiri
  8. Nama anda diletakkan sebagai TANGGUNGAN didalam permohonan individu lain. Anda secara automatik tidak layak menerima bantuan BR1M jika anda ada dalam senarai tanggungan permohonan orang lain
  9. Memohon bantuan atas dasar ibu atau bapa tunggal tetapi gagal menyenaraikan nama tanggungan anda
  10. Memohon bantuan dan mengaku sudah berkahwin tetapi tidak meletakkan maklumat nama isteri/suami dengan betul dan lengkap
  11. Membuat permohonan menggunakan Mykad yang tidak wujud dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain nama pemohon berbeza dengan daftar JPN. Mereka yang bertaraf penduduk tetap (PR) juga tidak layak menerima BR1M.
  12. Pemohon adalah pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar
  13. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan permohonan
  14. Pemohon kategori bujang terdapat dalam permohonan kategori lain sebagai tanggungan kepada pemohon kategori lain isi rumah

[junkie-alert style=”red”] Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk grafik di bawah ini yang dikongsikan dari Laman Web e-BR1M. [/junkie-alert]

Sebab Permohonan BR1M 2017 Gagal Atau Ditolak
Sebab Permohonan BR1M Gagal Atau Ditolak

Sila rujuk FAQ Soalan Lazim Permohonan BR1M 2017 untuk panduan semua permohon BR1M 2017.

Semoga perkongsian Sebab Permohonan BR1M Gagal Atau Ditolak ini boleh dijadikan panduan buat pemohon. Selamat memohon dan diucapkan semoga anda berjaya dalam permohonan dan layak menerima BR1M 2017.