Status Halal Coklat Ferrero Rocher Boleh Makan Atau Tidak

Halal Atau Tidak Coklat Ferrero Rocher. Pasti ramai pengemar coklat jenama Ferrero Rocher ingin mengetahui samada coklat ini halal dimakan atau tidak. Berikut dikongsikan Status Halal Coklat Ferrero Rocher yang dipetik dari Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM. Jadi Adakah Coklat Ferrero Rocher memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Status Halal Coklat Ferrero Rocher

Status Halal Coklat Ferrero Rocher Boleh Makan Atau Tidak

Berikut adalah status halal yang dikongsikan dari FB Bahgian Hab Halal JAKIM.

[junkie-alert style=”green”] Coklat Ferrero Rocher yang dikilangkan di Itali mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT), South Africa. Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. [/junkie-alert]

Logo Halal Dan Cara Buat Semakan Halal JAKIM

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/ Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Semoga perkongsian Status Halal Coklat Ferrero Rocher Boleh Makan Atau Tidak ini bermanfaat buat semua pengguna Islam.