Apa Itu Virus Zika : Punca, Simptom Dan Rawatan

Virus Zika : Punca, Simptom Dan Rawatan. Apa itu Virus Zika, penyakit/ demam yang kini dikesan menular di negara Amerika Latin dan kini merebak ke beberapa buah negara termasuk yang terbaru di Singapura. Nyamuk aedes yang juga penyebab demam denggi adalah punca penyebaran demam Zika.

Apa Itu Virus Zika?

Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau ‘mikrosefali’ sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.

  • Terdapat kemungkinan atau risiko yang virus Zika ini akan menular ke Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan kawasan rumah dan persekitaran dengan kerap supaya tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat dihapuskan.

Fakta Tentang Virus Zika

Berikut adalah sedikit maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-

  1. Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
  2. Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
  3. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
  4. Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
  5. Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
  6. Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.
kesan virus zika
Apa Itu Virus Zika : Punca, Simptom Dan Rawatan

Simptom Demam Zika

Berikut dikongsikan simptom utama atau tanda-tanda demam Zika yang kita bole ketahui apabila pesakit telah dijangkiti :-

  1. Sakit kepala
  2. Ruam pada kulit
  3. Sakit sendi
  4. Mata kemerahan

Cara Rawatan

Rawatan demam Zika adalah sama seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Gejala Dan Cara Mencegah Daripada Jangkitan Penyakit Zika

gejala dan cara mencegah zikaKesan Virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

kesan Virus Zika Status Terkini Virus Zika Di Malaysia

Menurut Kenyataan Akhbar KKM pada 28 Ogos 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan berdasarkan maklumat terkini yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dari tahun 2007 hingga 24 Ogos 2016, terdapat sebanyak 70 buah negara yang telah melaporkan jangkitan virus Zika. WHO juga melaporkan sehingga tarikh 24 Ogos 2016, tiada kes virus Zika dikesan pada individu yang dikaitkan dengan acara Sukan Olimpik Rio 2016 yang telah berakhir pada 21 Ogos 2016.

  • Jangkitan virus Zika adalah dikaitkan dengan komplikasi seperti microcephaly serta Guillain-Barre Syndrome (GBS) dan kini sedang menular di rantau Amerika.

KKM juga mengambil perhatian laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura dan National Environment Agency, mengenai satu jangkitan tempatan virus Zika yang telah dilaporkan di Singapura pada 27 Ogos 2016 melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia berumur 47 tahun yang menetap di Blok 102 Aljunied Crescent dan bekerja di negara tersebut. Kementerian Kesihatan Singapura telah mengesahkan kes ini adalah kes jangkitan tempatan di mana pesakit tersebut tidak mempunyai sejarah melawat ke negara yang mempunyai jangkitan Zika. Selain itu, terdapat tiga (3) kes disyaki Zika di kalangan mereka yang tinggal dan bertugas di kawasan yang terlibat di Singapura.

Sumber Astro Awani , Panduan Malaysia dan FB KKM

Semoga maklumat Apa Itu Virus Zika : Punca, Simptom Dan Rawatan ini bermanfaat buat semua. Marilah kita sama-sama berdoa agar virus Zika ini tidak menular atau merebak ke Malaysia dan semoga penawar/ ubat virus zika berjaya dihasilkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*