Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah 2016 RM500

Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah 2016 RM500. Pekebun kecil getah di seluruh Malaysia menerima ‘Bonus’ dan berita gembira apabila bakal menerima RM500 di bawah bantuan khas kesan kejatuhan harga getah pada Jun 2016. Dikingsikan dari Bernama, seramai 388,111 orang akan menerima Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah 2016 RISDA secara “one-off” bermula 10 Jun 2016.

Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah 2016
Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah 2016

Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah 2016 RM500

Bantuan Khas 2016 adalah merupakan bantuan ketiga selepas Bantuan yang sama diberikan pada tahun 2013 dan 2014. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak RM194 juta akan diperuntukkan untuk pengagihan Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah 2016 yang akan dibayar secara one-off kepada pekebun kecil.

BAYARAN RM500 BANTUAN KHAS PEKEBUN KECIL GETAH JUN 2016

  • JUMLAH BANTUAN – RM500 (bayaran secara one-off)
  • TARIKH BAYARAN – Bermula 10 Jun 2016
  • JUMLAH PENERIMA : 388,111 pekebun

[junkie-alert style=”yellow”] * Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dipetik dari Utusan Online, pekebun kecil dan penoreh getah yang ber­daftar dengan RISDA boleh mula menerima bantuan RM500 ini di pejabat RISDA dimana RISDA diminta untuk menyelesaikan pengagihan Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah 2016 kepada 388,111 pekebun kecil dan penoreh getah dalam tempoh seminggu. Pekebun kecil dan penoreh walau bagaimanapun perlulah mengemukakan bukti kepada pi­hak RISDA terlebih dahulu sebelum boleh menuntut bantuan tersebut. [/junkie-alert]

Cara Membuat Permohonan Bantuan Khas RM500 Pekebun Kecil Getah 2016

Berikut dikongsikan panduan memohon bantuan yang dikongsikan dari Portal RISDA serta pertanyaan di Pejabat RISDA. Pemohon dinasihatkan untuk menghubungi pejabat RISDA berdekatan atau hadir sendiri dalam mendapatkan maklumat permohonan selanjutnya terutama berkenaan permohonan penoreh getah yang tidak mempunyai kebun getah. Senarai pejabat RISDA di seluruh Malaysia,boleh dirujuk di RISDA

Syarat kelayakan

  • 1. Warganegara Malaysia.
  • 2. Memiliki tanah/kebun GETAH dengan keluasan 2.5 hektar ke bawah
  • 3. Pemilikan tanah yang sah
  • 4. Mempunyai Kad Autoriti Transaksi Getah untuk penoreh getah tanpa kebun getah (KAT-G)

Cara memohon:

  • 1.Pemohon yang layak boleh mendapatkan borang secara manual di Pejabat RISDA dan menghantarnya ke Pejabat RISDA Daerah/Negeri yang berhampiran (tiada borang online).
  • 2.Isi borang dan lampirkan salinan kad pengenalan, geran dan salinan akaun bank

Semoga pemberian Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah 2016 RM500 mampu meringankan beban mereka yang bakal menerima bantuan ini menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri 2016 yang bakal disambut pada 6 Julai 2016 nanti. Via Panduan Malaysia

35 Comments

  1. saya penoreh gtah..penoreh x dpt, pekebun dpt,x smstinya pekebun tu susah, ad juga sbgai pgwai tggi..tlonglah prtmbangkn semla utk bntuan utk penoreh getah..krna ramai pnoreh yg ad ank x bkrja lgi dn x brjwtan

  2. kenapa sampai sekarang tak ada sebarang maklum batas dari pihak RISDA..saya telah pun mengemas kini borang seperti yang disuruh oleh pihak RISDA..saya rasa pihak RISDA patut membuat pemeriksaan terperici terhadap pekebun macam saya..saya harap RISDA cepatkan proses permohonan ini..

  3. dah nama nya bantuan khas dari kerajaan …tujuannya untuk para petani…bukannya untuk orang yang kaya raya…kenapa sampai sekarang di kampung saya di Sarawak masih belum ada apa apa berita lagi….ke nak tunggu bajet belanjawan 2017?…come on lah…cubalah telus sikit….

  4. Apa cerita ni…sampai sekarang bantuan RM 500 orang tua saya belum dapat lg…bila ke pejabat risda berdekatan katanya awal bulan 10/ 2016 akan d masukan dalam acc bank…janji apa nii..

  5. Macam mane nak tahu …..kita layak x dapat bantuan risda ni? Bukan apa tahun2 lepas dpat je….tahun ni je x tahu lagi….harap tuan/puan dapat membantu kami ….

  6. Ini lah dinama kan janji tinggal janji….bila tanya jawapan kakitangan risda bhgn selatan tampin negeri sembilah…kadang2 kurang beradab….

  7. mohon dah awal sampai ari ni pun x dapat dh 2 bulan …tp org yang mohon lewat pulak yg lewat pulak dapat. ape cite….semak dgn risda x de masalah samapai skrg x dpt lg…

  8. Nak tanya memohonan kena buat setiap tahun ke atau kita penah dapat rm500 tu x payah buat pemohonan lagi.untuk setiap tahun.

  9. Pertanyaan..kalau hilang kad autoriti transaksi getah(KAT – G) sementara adakah dapat bantuan Rm 500? Kalau hilang kad autoriti apakah yang perlu dilakukan?Adakah pihak yg mengeluarkan kad tersebut boleh membuat salinan semula kepada pemilik tersebut?mohon pencerahan.

  10. Kenapa sehingga kini bantuan tiada rm 500 belum lagi diterima..sedangkan semua syarat lengkap dan mencukupi.

  11. Saya dh hantar borang pd 13 hb. 6 baru ni.tp sampai sekarang duit belum dpt.rakan yg hantar borang lewat dh dapat duit.mcm mna RISDA ni ….bila call kt risda diorg diorg tgh proses.knpa proses borang yg dihantar lewat dulu

  12. Knpa xdapat lagi duit bntuan 500 tuuu…mk sy sllu g cek duit xda pown…ksian org tua dk mnnti duit rsda niii..dk ulg p mai p mai bnk

  13. Boleh tanya,my husband sudah dapat voucher tetapi no ic salah,lepas itu mereka cakap nanti buat voucher baru n tukar no ic baru,ok find.lepas itu tunggu sampai mereka kol sampai sekarang pun belum kol lagi.tidak puas hati pergi ke pejabat risda mereka cakap tidak dapat tukar no ic lagi.memang tidak dapat tukar kh?tau tak ada masa untuk tukar??

  14. Boleh ke buat permohonan lagi? Sebab dalam 1 geran, ada 2 nama…perlu ke dua2 mohon@sekadar seorang saja memohon?

  15. Pertanyaan….kalau pemilik lebun memberi org lain menoreh….siapa yg layak….dua dua dapat atau salah satu…..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*