Resepi Biskut Red Velvet Chocolate Chip

Resepi Biskut Red Velvet Chocolate Chip. Berikut dikongsikan resepi cara-cara membuat Biskut Red Velvet Chocolate Chip sendiri yang ringkas, mudah dan sedap.

Resepi Biskut Red Velvet Chocolate Chip

Resepi Biskut Red Velvet Chocolate Chip

Bahan-bahan:

  • 120 gm margerin Planta
  • 10 gm minyak sapi
  • 100 gm gula kastor
  • 120 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung beras
  • 50 gm badam cincang
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu besar pewarna merah
  • 30 gm coklat cips putih
  • 30 gm coklat cips

Cara penyediaan:

  • Mula-mula kita ayak bahan kering.
  • Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
  • Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
  • Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat. Tambahkan telur dan putar sebati.
  • Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
  • Masukkan bahan yang telah diayak tadi, gaul dengan senduk kayu atau spatula rata
  • Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cip putih. Gaul adunan rata.
  • Sudukan adunan di atas dulang pembakar
  • Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh). Bakar selama 20 minit
  • Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*