Pajeri Terung Cara Penyediaan Yang Paling Mudah

Cara penyediaan pajeri terung yang paling mudah. Pajeri merupakan makanan tradisional melayu yang sangat popular. Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri. Disini kami akan menunjukkan cara penyediaan pajeri terung yang paling mudah, lazat dan cepat.

Pajeri Terung sedap
Cara Penyediaan Pajeri Terung yang Paling Mudah

Cara Penyediaan Pajeri Terung yang Paling Mudah

Bahan-bahan :-

  • 3 biji terung
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar kari daging( dibancuh menjadi pes)
  • 1 sudu besar kerisik
  • Rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)

Bahan untuk dikisar :-

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 cm halia
  • 1 sudu besar udang kering

Cara Penyediaan :-

  1. Potong terung memanjang
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari yang dibancuh menjadi pes. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan terung, kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Hidangan sudah sedia untuk dinikmati.

 

Selamat Mencuba resepi yang Paling Mudah dan senang untuk dibuat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*