Kalendar Cuti Sekolah 2018 Takwim Penggal Persekolahan

Takwim Penggal Persekolahan 2018 KPM.  Pasti ramai ibu bapa dan pelajar yang menanti pengumuman rasmi tentang Kalendar Cuti Sekolah 2018. Mananya tidak, dengan kalendar ini mereka akan dapat merancang aktiviti keluarga untuk tahun 2018 terutama pada cuti sekolah/ umum. Berikut adalah Kalendar Cuti Sekolah 2018 iaitu Takwim Penggal Persekolahan di Malaysia yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Takwim Penggal Persekolahan 2018 dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B. Kumpulan A adalah untuk negeri yang cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Kumpulan B pula untuk negeri yang cuti hujung minggu jatuh pada hari Sabtu dan Ahad.

Kalendar Cuti Sekolah 2018 Takwim Penggal Persekolahan

Kalendar Cuti Sekolah 2018 Takwim Penggal Persekolahan KPM

Berikut dikongsikan Takwim Penggal persekolahan tahun 2018 yang mengandungi tarikh cuti sekolah iaitu cuti pertengahan penggal 1, cuti pertengahan tahun dan cuti akhir tahun. Juga disertakan tarikh mula persekolahan dan tarikh akhir persekolahan setiap penggal. Juga dikongsikan jumlah hari persekolahan dan jumlah hari cuti.

1. KUMPULAN A – Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Penggal Persekolahan

  • Penggal pertama persekolahan : 1 Januari 2018 sehingga 7 Jun 2018
  • Kedua persekolahan : 24 Jun 2018 sehingga 22 November 2018

Tarikh Cuti Sekolah

  • Cuti pertengahan penggal 1 : 16 Mac 2018 sehingga 24 Mac 2018 (1 minggu)
  • Pertengahan tahun : 8 Jun 2018 sehingga 23 Jun 2018 (2 minggu)
  • Cuti pertengahan penggal 2 : 17 Ogos 2018 hingga 25 Ogos 2018 (1 minggu)
  • Cuti Akhir Tahun : 23 November hingga 31 Disember 2018 (5 minggu)

Ssila rujuk kepada Kalendar Takwim Persekolahan untuk Kumpulan A di bawah ini :-

Kalendar Cuti Sekolah 2018 Takwim Penggal Persekolahan

2. KUMPULAN B – Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan

Penggal Persekolahan

  • Pertama persekolahan : 2 Januari 2018 sehingga 8 Jun 2018
  • Penggal kedua persekolahan : 25 Jun 2018 sehingga 23 November 2018

Tarikh Cuti Sekolah

  • Cuti pertengahan penggal 1 : 17 Mac 2018 sehingga 25 Mac 2018 (1 minggu)
  • Pertengahan tahun : 9 Jun 2018 sehingga 24 Jun 2018 (2 minggu)
  • Cuti pertengahan penggal 2 : 18 Ogos 2018 hingga 26 Ogos 2018 (1 minggu)
  • Cuti Akhir Tahun : 24 November hingga 31 Disember 2018 (5 minggu)

Sila rujuk kepada Kalendar Takwim Persekolahan untuk Kumpulan B di bawah ini :-

Kalendar Cuti Sekolah 2018 Takwim Penggal Persekolahan

Download Takwim Persekolahan 2018 KPM

  • * Untuk kemudahan, Kalendar Penggal Persekolahan 2018 ini boleh di muat turun/ download dalam format PDF di KPM 2018.

Semoga Cuti Sekolah 2018 Takwim Persekolahan KPM boleh dijadikan panduan buat ibu bapa/ pelajar. Dengan adanya Takwim Persekolahan 2018 akan memudahkan anda dalam membuat perancangan aktiviti bersama keluarga termasuk bercuti seisi keluarga.

Cuti Perayaan 2018 KPM

Berikut adalah jadual cuti perayaan KPM 2018 untuk sekolah-sekolah di Malaysia (Akan dikemaskini)

Selamat menempuhi alam persekolahan tahun 2018 untuk pelajar semua. Semoga perkongsian Kalendar Cuti Sekolah 2018 akan memudahkan anda sekeluarga dalam meranvcang aktiviti pada tahun 2018.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*