Insentif Diskaun Pembayaran Balik PTPTN

Insentif Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN. Berita baik buat peminjam pinjaman PTPTN. Menerusi pembentangan Bajet 2017, Kerajaan akan memberikan insentif berbentuk diskaun dari 10% hingga 15% untuk menggalakan peminjam membuat pembayaran balik. Diskaun Pembayaran Balik PTPTN ini akan berkuatkuasa bermula dari 22 Oktober 2016 sehingga bulan Disember 2017.

"InsentifDiskaun Pembayaran Balik PTPTN

Berikut dikongsikan senarai Diskaun Pembayaran Balik pinjaman PTPTN seperti dibentangkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 :-

  1. 15 peratus diskaun di atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman PTPTN
  2. 10 peratus diskaun untuk bayaran sekurang-kurangnya sebanyak 50 peratus daripada baki hutang. Pembayaran hendaklah dibuat dalam sekali bayaran
  3. Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik PTPTN melalui potongan gaji atau ‘direct debit’ mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan

Semoga dengan pemberian Insentif Diskaun Bayaran Balik PTPTN ini mampu mengatasi masalah pinjaman yang tertunggak. Penyelesaian pinjaman ini penting untuk masa depan pelajar yang memerlukan bantuan pinjaman dalam pengajian mereka ke peringkat tertinggi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*