Finalis Gegar Vaganza 2016 Musim Ketiga

Senarai Finalis Gegar Vaganza 2016 Musim Ketiga. Siapakah yang berjaya layak ke final Gegar Vaganza 2016? Program realiti hiburan, Gegar Vaganza 2016 musim ketiga bakal melabuhkan tirainya minggu depan, 4 Disember 2016. Enam penyanyi telah berjaya layak untuk beraksi di final dengan Nora merupakan peserta terakhir yang tersingkir. Berikut adalah Finalis Gegar Vaganza 2016 Musim Ketiga yang telah diumumkan pada konsert minggu ketujuh.

finalis gegar vaganza 2016
Senarai finalis gegar vaganza 2016

Finalis Gegar Vaganza 2016 Musim Ketiga

Program Gegar Vaganza Astro 2016 selama 8 episod dan dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Jihan Muse menyaksikan 12 peserta bertarung merebut juara Gegar Vaganza 2016. Konsert Gegar Vaganza 2016 Musim Ketiga akan menemui penonton setiap Ahad jam 900 malam secara langsung di saluran Astro Ria HD (123) dan Astro Ria (104). Berikut adalah senarai Finalis Gegar Vaganza Astro 2016 :-

  1. Ameng Spring
  2. Azharina
  3. Gmie Screen
  4. Intan Sarafina
  5. Siti Sarah
  6. Zarul Umbrella

Juri Tetap Gegar Vaganza Astro 2016

  • Datuk Ramli MS
  • Datuk Khadijah Ibrahim

Hadiah Gegar Vaganza Astro 2016 Beserta Trofi

Berikut adalah hadiah untuk pemenang Gegar Vaganza 2016 :-

  1. RM100,000 (Juara)
  2. RM50,000 (Naib Juara)
  3. RM30,000 (Ketiga)
  4. RM15,000 (Keempat)
  5. RM10,000 (Kelima)
  6. RM5,000 (Keenam)

Siapa bakal dinobatkan sebagai Juara Gegar Vaganza 2016 Musim Ketiga mengikuti jejak langkah Ayai dan Siti Nordiana? Semuany akan terjawab pada Konsert Final Gegar Vaganza 2016 minggu depan pada hari Ahad, 4 Disember 2016, jam 900 malam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*