Format Baru UPSR 2016 Contoh Soalan Dan Instrumen

Format Baru UPSR 2016 : Contoh Soalan/ Instrumen. Format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baru telah mula digunakan bermula tahun 2016. Perubahan format baru UPSR 2016 ini membabitkan perubahan bentuk dan jenis soalan seperti makluman dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Bermula tahun 2016, soalan objektif aneka pilihan UPSR akan dikurangkan. Sebaliknya soalan objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah ditambah. Untuk makluman,  Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada murid Tahun 1 telah dilaksanakan bermula 2011. Dan untuk tahun 2016 peperiksaan UPSR (kohort pertama PBS) telah dilaksanakan menggunakan format baru sejajar dgn KSSR dan KBAT.

Format Baru UPSR 2016
Format Baru UPSR 2016 Contoh Soalan Dan Instrumen

Format Baru UPSR 2016

Perubahan Format baru UPSR 2016  akan membabitkan enam subjek dengan Bahasa Inggeris akan dibahagikan kepada dua kertas iaitu pemahaman dan penulisan. Ini bermakna pelajar Sekolah Kebangsaan akan menduduki 6 kertas matapelajaran untuk maksimum keputusan cemerlang 6A. Pelajar Sekolah Vernakular pula akan menduduki 8 kertas matapelajaran untuk maksimum 8A.

Contoh Soalan/ Instrumen UPSR 2016

Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan. Walau bagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.

UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan.

Nota Ringkas Format Baru Peperiksaan UPSR 2016

  • Rombakan atas kertas Bahasa Inggeris kepada dua pecahan iaitu Pemahaman dan Penulisan
  • Rombakan atas kertas untuk mata pelajaran bahasa iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kepada dua iaitu Pemahaman dan Penulisan
  • Memasukkan ujian subjektif dan objektif pelbagai bentuk ke dalam kertas pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa berbanding sebelum ini hanya ujian objektif
  • UPSR sebelum ini hanya memerlukan calon menduduki lima kertas iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
  • UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya dan mengutamakan calon menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Berikut dikongsikan Format dan Instrumen Contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016 yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Format Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris UPSR 2016

  • Mata Pelajaran Bahasa – muat turun di LPM1

format bahasa upsr 2016Mata Pelajaran Sains UPSR 2016

  • Muat turun Format Sains di LPM2

format sains upsr 2016Matematik UPSR 2016

  • Muat turun format Matematik di LPM3 

format sains upsr 2016DOWNLOAD CONTOH SOALAN/ INSTRUMEN CONTOH UPSR 2016

Sila muat turun atau download contoh solana/ instrumen UPSR 2016 di bawah ini :-

Semoga Format baru UPSR 2016 beserta constoh soalan/ instrumen bermanfaat buat semua. Moga ianya dapat dijadikan panduan buat ibu bapa dan pelajar dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*