Harga Minyak Petrol Dan Diesel Jun 2016

Umum sedia maklum yang bermula Disember 2014, harga petrol dan diesel di Malaysia adalah ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal di mana harga akan ditetapkan setiap bulan berdasarkan harga purata pasaran bulan sebelumnya. Berikut adalah Harga Minyak Petrol Dan Diesel Jun 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Harga runcit rasmi Petrol RON95 (Tanpa subsidi), RON97, Diesel bulan Jun 2016 akan diumumkan pada hari terakhir bulan Mei iaitu pada Selasa 31 Mei 2016.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Jun 2016
Harga terkini Minyak Petrol Dan Diesel Jjun 2016

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Jun 2016

 * Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada hari Rabu, 1 Jun 2016, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan Jun 2016 adalah seperti berikut :
  • RON95 : * Harga kekal RM1.70 (RM1.70 seliter)
  • RON97 : * Harga Kekal RM2.05 (RM2.05 seliter)
  • DIESEL : * Harga Kekal RM1.55 (RM1.55 seliter)
  • DIESEL EURO 5 : RM1.65 seliter
  • RON 100 Petron Blaze : RM2.60 seliter
  • Shell V-Power Racing : RM2.55 seliter
SEE ALSO  Kalendar Cuti Sekolah 2017 Malaysia

Harga dalam kurungan (  ) adalah harga bulan Mei 2016.

Tiada Lagi Subsidi Minyak RON95 Bermula 1 Disember 2014

Kerajaan telah memutuskan bahawa tiada lagi Subsidi Minyak RON95 bermula dari tarikh 1 Disember 2014 di mana :-

  • “Subsidi bagi RON95 akan dihapuskan dan harga minyak akan bergantung kepada harga pasaran dunia.
  • “Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya,”

Kenyataan telah diumumkan oleh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek.Kerajaan yang telah memutuskan penetapan harga runcit bagi RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal di mana ianya  sudah terlebih dahul dilaksanakan bagi petrol RON97.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*