Harga Tiket Final Piala Malaysia 2016 Selangor Vs Kedah

Harga Dan Cara Beli Tiket Final Piala Malaysia 2016 Selangor Vs Kedah. Berapakah harga tiket dan cara membeli tiket Final Piala Malaysia 2016? Berita baik buat peminat bolasepak khasnya penyokong Selangor dan Kedah. Penjualan tiket perlawanan akhir akan dijual pada 26 Oktober 2016 bermula jam 1000 pagi. Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Shah Alam pada Ahad, 30 Oktober 2016 (sepak mula jam 900 malam). Buat peminat kedua-dua pasukan, berikut dikongsikan Harga Tiket Final Piala Malaysia 2016.

Final Piala Malaysia 2016 Selangor Vs Kedah
Harga Tiket Final Piala Malaysia 2016 Selangor Vs Kedah

Cara Beli Dan Harga Tiket Final Piala Malaysia 2016 Selangor Vs Kedah

Perhatian buat penyokong Selangor dan Kedah, berikut dikongsikan maklumat penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 yang dikongsikan dari FB Football Malaysia LPP.

Harga Tiket Final Piala Malaysia 2016

  • RM50 dewasa
  • RM5 kanak-kanak (Berumur dari 6 hingga 12 tahun)
  • Harga termasuk GST

Kuota Dan Penjualan Tiket Di Stadium

  • Sebanyak 30,000 keping tiket dewasa dan 750 tiket kanak-kanak telah diperuntukkan kepada setiap negeri
  • Tiket akan dijual di Selangor (Stadium Shah Alam) dan Kedah (Stadium Darul Aman) bermula dari jam 1000 pagi, 26 Oktober 2016

Penjualan Tiket Secara Online

  • Sebanyak 10,000 tiket untuk dewasa dan 500 kanak-kanak diperuntukkan untuk penjualan online
  • Tiket boleh dibeli secara online di laman web Ticket Hotline bermula 26 Oktober 2016 jam 1000 pagi
  • Pembelian adalah terhad kepada 4 tiket setiap transaksi
  • Penebusan tiket boleh dibuat dari 27 hingga 20 Oktober 2016 di Lobi Utama Stadium Malawati Shah Alam.
  • Waktu Penebusan : Hari perlawanan : 10 pagi hingga 7 malam dan 27 hingga 29 Oktober : 10 pagi hingga 6 petang 

Untuk makluman buat penyokong, pintu Stadium Shah Alam akan dibuka pada jam 400 petang pada hari perlawanan. Pintu Masuk untuk Penyokong Selangor adalah Pintu Quadrant A & B. Penyokong Kedah pula adalah Pintu Quadrant C & D. Sepak mula perlawanan pula adalah pada jam 900 malam.

 

Harga Tiket Final Piala Malaysia
Perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 adalah merupakan perlawanan ulangan Final tahun lepas 2015. Selangor menewaskan Kedah untuk mememnagi Piala Malaysia 2015.

Buat penyokong pasukan Selangor dan Kedah, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 si Stadium Shah Alam pada 30 Oktober 2016. Tahniah kepada pasukan yang menang perlawanan ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*