Tarikh Cuti Umum Negeri Perak Tahun 2017. Berikut dikongsikan Hari Kelepasan Am Perak 2017 atau tarikh cuti umum beserta hari dan jenis perayaan. Maklumat cuti umum ini dikongsikan dari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak. Tarikh penting ini mengandungi hari kelepasan am negeri dan persekutuan 2017.
Hari Kelepasan Am Perak 2017
Berikut adalah tarikh hari kelepasan am Negeri Perak 2017 yang memaparkan hari, tarikh dan jenis cuti. Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan.
Hari Kelepasan Am Negeri
BIL | JENIS CUTI | TARIKH | HARI |
---|---|---|---|
1 | Tahun Baru 2017 | 1 Januari | Ahad |
2 | Hari Thaipusam | 9 Februari | Khamis |
3 | Hari Nuzul Al-Quran | 12 Jun | Isnin |
4 | Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan | 3 November | Jumaat |
Hari Kelepasan Am Persekutuan
BIL | JENIS CUTI | TARIKH | HARI |
---|---|---|---|
1 | Tahun Baru Cina (2 hari) | 28 dan 29 Januari | Sabtu – Ahad |
2 | Hari Pekerja | 1 Mei | Isnin |
3 | Hari Wesak | 10 Mei | Rabu |
4 | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | 3 Jun | Sabtu |
5 | Hari Raya Puasa (*) (2 hari) | 25 dan 26 Jun | Ahad – Isnin |
6 | Hari Kebangsaan | 31 Ogos | Khamis |
7 | Hari Malaysia | 16 September | Sabtu |
8 | Hari Raya Qurban (*) | 1 September | Jumaat |
9 | Awal Muharram (Maal Hijrah) | 21 September | Khamis |
10 | Hari Deepavali (*) | 18 Oktober | Rabu |
11 | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) | 1 Disember | Jumaat |
12 | Hari Krismas | 25 Disember | Isnin |
Sumber : Kerajaan Negeri Perak
Nota
- Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya hari kelepasan am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.
- Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.
Semoga perkongsian Hari Kelepasan Am Perak 2017 boleh dijadikan panduan untuk merancang aktiviti seharian. Ianya termasuk percutian sekeluarga semasa cuti sekolah dan sebagainya. Selamat bercuti.