Honda Civic 2016 Harga Dan Spesifikasi Malaysia

Harga Dan Spesifikasi Honda Civic 2016 Malaysia. Honda Civic, antara kereta popular pilihan rakyat Malaysia dalam Segmen C kini mempunyai model baru 2016 (Generasi ke 10) yang dilancarkan di Malaysia pada 9 Jun 2016. Honda Civic ditawarkan pada pasaran tempatan dengan pilihan 2 enjin dalam tiga varian iaitu 1.8S i-Vtec dan 1.5 VTec Turbo serta 1.5VTec Turbo versi Premium. Berikut dikongsikan maklumat penting Honda Civic 2016 Harga Dan Spesifikasi yang dinongsikan dari Honda Malaysia. Untuk makluman, harga Civic 2016 adalah bermula dari RM113,800 hingga RM135,800, dengan jaminan selama 5 tahun dan jarak perbatuan tanpa had dengan jarak selang servis 10,000 kilometer.

Honda Civic 2016 Malaysia warna putih
Honda Civic 2016 Harga Dan Spesifikasi

Honda Civic 2016 Harga Dan Spesifikasi

Honda Civic 2016 merupakan generasi kesepuluh kereta Civic dimana kali terakhir ianya dilancarkan pada tahun 2012 (Civic generasi ke 9). Kehadirannya amat dinantikan terutama buat peminat Civic walaupun pelancarannya di rantau ini adalah lewat berbanding negara lain seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

Honda Malaysia ada menawarkan tiga varian di pasaran Malaysia iaitu 

  1. Civic 1.8S (Model Asas)
  2. Civic 1.5 Turbocharged (TC) : Specs pertengahan
  3. Civic 1.5 Turbocharged Premium (TC-P) : Spec Tertinggi
Honda Civic 2016 Malaysia putih depan
Honda Civic 2016 Harga Dan Spesifikasi

Spesifikasi Honda Civic 2016

Model Civic baru 2016 ini mendapat penambahbaikan seperti berikut :-

  1. Sistem turbo bukanlah seperti turbo konvensional
  2. Turbo berkapasiti kecil yang mampu menghasilkan terjahan kuasa bersamaan dengan enjin 2.4 liter
  3. Enjin untuk 1.5 Turbo menggunakan sistem Dual-VTC yang membantu meminimakan sisa gas di dalam silinder

Berikut adalah spesifikasi Honda Civic 2016 Malaysia yang dikongsikan dari Honda Malaysia :- 

Varian Honda Civic 1.8 S Honda Civic 1.5 TC Honda Civic 1.5 TC-P

ENJIN

Engine Type 4 Cylinder, 16 Valve, SOHC i-VTEC 4 Cylinder, 16 Valve, DOHC VTEC TURBO 4 Cylinder, 16 Valve, DOHC VTEC TURBO
Displacement (cc) 1,799 1,498 1,498
Fuel Supply System Electronic Fuel Injection (PGM-FI) Electronic Fuel Injection (PGM-FI) Electronic Fuel Injection (PGM-FI)
Maximum Power [PS(kW)@rpm] 141(104)@6,500 173(127)@5,500 173(127)@5,500
Maximum Torque [Nm(kg-m)@rpm] 174(17.4)@4,300 220(22.4)@1,700-5,500 220(22.4)@1,700-5,500

TRANSMISI

Transmission Type Continuous Variable Transmission (CVT) Continuous Variable Transmission (CVT) Continuous Variable Transmission (CVT)
PERFORMANCE
Maximum Speed (km/h) 200 200 200
Acceleration 0-100 km/h (secs) 10.4 8.2 8.2

SISTEM STEERING

Type Electric Power Steering (EPS) Electric Power Steering (EPS) Electric Power Steering (EPS)
Turning Radius at Body (m) 6 6 6

SISTEM SUSPENSI

Front MacPherson Strut MacPherson Strut MacPherson Strut
Rear Multi Link Multi Link Multi Link
BRAKING SYSTEM
Front Ventilated Disc Ventilated Disc Ventilated Disc
Rear Solid Disc Solid Disc Solid Disc
Parking Brake Electric Parking Brake Electric Parking Brake Electric Parking Brake

TAYAR  & RODA

Alloy 16″ 17″ 17″
Tyre Size 215/55R16 215/50R17 215/50R17
Spare Wheel 16″ 16″ 16″
DIMENSIONS
Length x Width x Height (mm) 4,630 x 1,799 x 1,416 4,630 x 1,799 x 1,416 4,630 x 1,799 x 1,416
Wheelbase (mm) 2,700 2,700 2,700
Tread Front/Rear (mm) 1,547/1,563 1,547/1,563 1,547/1,563
Curb Weight (kg) 1,251 1,314 1,316
Boot Capacity (Litre) 519 519 519

Spesifikasi Lain Honda Civic 2016 Malaysia

  1. Lampu utama dan lampu kabus hadapan LED untuk spesifikasi tertinggi 1.5TC-P. 
  2. Untuk varian 1.8S dan 1.5TC ianya dipadankan dengan lampu utama projektor halogen dan lampu kabus hadapan halogen
  3. Semua model mempunyai lampu nyalaan siang LED
  4. Pemegang pintu luaran dengan warna yang sama dengan badan bagi varian 1.8S dan 1.5TC. Manakala krom untuk 1.5TC-P
  5. Lampu belakang berbentuk-boomerang (umpama sepit ketam) untuk bentuk yang garang dan bergaya
  6. Kesemua varian dilengkapi dengan Walk Away Auto Lock di mana ianya boleh mengesan kunci bergerak sejauh 2.5 meter dari kenderaan dan pintu akan terkunci secara automatik
  7. Disertakan dengan teknologi yang ada pada model Honda Accord facelift iaitu Kawalan Menghidup Enjin. Enjin boleh dihidupkan dengan menggunakan butang kawalan pada kunci sekaligus akan menghidupkan penghawa dingin dan enjin
meter panel led Honda Civic 2016 Malaysia
Honda Civic 2016 Harga Dan Spesifikasi

Harga Honda Civic 2016 Malaysia

Seperti dinyatakan awal tadi, Harga honda Civic bermula dari RM113,800 hingga RM135,800 bergantung kepada varian. 

Varian Honda Civic 1.8S [2016] Honda Civic 1.5TC [2016] Honda Civic 1.5TC-P [2016]
Selling Price 103,532.37 116,729.52 124,094.69
GST 6% 6,211.94 7,003.77 7,445.68
Selling Price (Inclusive GST 6%) 109,744.31 123,733.29 131,540.37
Road Tax (1 Year) 279.2 90 90
Registration Fee 300 150 150
Number Plate (Inclusive GST 6%) 53 53 53
Ownership Endorsement Fee 50 50 50
Retail Price Without Insurance (Inclusive GST 6%) 110,426.51 124,076.29 131,883.37
Insurance (Inclusive GST 6%) 3,373.49 3,723.71 3,916.63
On the Road Price with Insurance (Inclusive GST 6%) 113,800.00 127,800.00 135,800.00
Surcharge for White Orchid Pearl 300.00* 300.00* 300.00*
Sum Insured 110,000.00 124,000.00 131,000.00


Honda Malaysia akan menawarkan kit-kit badan pilihan dari Modulo untuk menyerlahkan lagi gaya Honda Civic 2016. Jika anda berminat dengan Honda Civic 2016 yang baru ini, anda boleh merujuk kepada Honda Civic 2016 Harga Dan Spesifikasi atau berkunjung ke wakil pengedar Honda Malaysia di seluruh negara di HONDA.

Kredit : Honda Malaysia

SEE ALSO  Kepentingan Sains Dan Teknologi Kepada Manusia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*