Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Perak 2017/ 1438H. Panduan buat mereka yang tinggal di Negeri Perak Darul Ridzuan. Berikut dikongsikan Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Perak bagi Bulan Ramadhan tahun 2017/ 1438 Hijrah. Maklumat yang dikongsikan memaparkan hari, tarikh dan waktu berbuka dan Imsak. Untuk makluman, Perak akan bercuti umum pada Hari Nuzul Al-Quran iaitu pada hari Isnin, 12 Jun 2017.
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Sabtu, 27 Mei 2017. Jadual waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Perak 2017 rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM).
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Perak 2017 (1438H)
Berikut adalah Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Perak 2017. Waktu berbuka dan sahur dibahagikan kepada 7 zon/ kawasan seperti berikut :-
Zon 1 : Tapah, Slim River Dan Tanjung Malim
Zone 2 : Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sungai Siput, Kuala Kangsar
Zon 3 : Pengkalan Hulu, Gerik, Lenggong
Zone 4 : Temengor Dan Belum
Zon 5 : Teluk Intan, Bagan Datuk, Kg Gajah, Seri Iskandar, Beruas, Parit. Lumut, Sitiawan Dan Pulau Pangkor
Zon 6 : Selama, Taiping, Bagan Serai Dan Parit Buntar
Zon 7 : Bukit Larut
Panduan Berpuasa Di Bulan Ramadhan 2017
Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2017 seluruh negeri di Malaysia boleh di layari di Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2017. Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa pula boleh dirujuk di Lafaz Niat dan Doa.
Umat Islam adalah digalakkan untuk berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Selamat berpuasa. Semoga Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Perak 2017 ini boleh dijadikan panduan dalam mengetahui waktu berbuka dan imsak sepanjang bukan Ramadhan 2017 nanti.