Jadual Karnival Pendidikan MARA 2017

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2017. Berita baik buat pelajar dan pencari kerja. Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan MARA 2017 yang memaparkan tarikh dan lokasi karnival berlangsung. Karnival Pendidikan MARA 2017 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan berlangsung pada bulan Februari hingga April 2017 di 14 lokasi seluruh Malaysia.

Jadual Karnival Pendidikan MARA 2017

Jadual Karnival Pendidikan MARA 2017

Kepada pelajar dan mereka yang mencari pekerjaan. Jom ramai-ramai kunjungi karnival ini untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan pendidikan dan kerjaya anda pada masa depan.  Selain itu, pelajar termasuk pemohon UPU online juga boleh mengunjungi Karnival Pendidikan Tinggi 2017 Jom Masuk U yang akan diadakan pada awal tahun 2017. Berikut adalah jadual (tarikh dan lokasi) Karnival Pendidikan MARA 2017 di seluruh Malaysia.

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2017

Pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran, mendapatkan tajaan atau mencari pelbagai peluang pendidikan boleh mengunjungi karnival ini. Berikut adalah maklumat lengkap mengenai jadual (tarikh & lokasi) Karnival Pendidikan MARA 2017 di seluruh Malaysia.

Grafik Jadual Karnival Pendidikan MARA 2017Nota Penting

Pindaan tarikh Karnival Pendidikan MARA 2017 di lokasi :-

  • 1) Stadium Sultan Muhammad, Ke IV Kota Bharu, Kelantan pada 4 – 5 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) dan 
  • 2) Lobi Busana MARA & Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada 7 – 8 Mac 2017 (Selasa & Rabu) 
BIL NEGERI TARIKH (HARI)
TEMPAT & LOKASI
1 Perlis 25 – 26 Februari 2017 (Sabtu & Ahad) Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis
2 Kuala Lumpur 7 – 8 Mac 2017 (Selasa & Rabu) Lobi Busana MARA & Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premiera, Kuala Lumpur
3 Kelantan 4 – 5 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu
4 Pahang 11 – 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) Megamall, Kuantan, Pahang
5 Melaka 11 – 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) KIP Mart, Bachang, Melaka
6 Pulau Pinang 18 – 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Penang
7 Johor 18 – 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) Plaza Angsana, Johor Bahru
8 Sabah 25 – 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) Suria Sabahm Kota Kinabalu
9 Perak 25 – 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) Aman Jaya Convention Centre, Meru, Ipoh
10 Sarawak 30 – 31 Mac 2017 (Khamis & Jumaat) The Hills Shopping Mall, Kuching
11 Selangor 1 – 2 April 2017 (Sabtu & Ahad) Anggerik Mall, Shah Alam
12 Kedah 1 – 2 April 2017 (Sabtu & Ahad) Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar
13 Terengganu 8 – 9 April 2017 (Sabtu & Ahad) Terengganu Trade Center (TTC), Kuala Terengganu
14 Negeri Sembilan 8 – 9 April 2017 (Sabtu & Ahad) Mydin Mall, Seremban 2

Apa Itu Karnival Pendidikan MARA

Matlamat dan objektif utama penganjuran Karnival Pendidikan MARA adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara kepada pelajar-pelajar terutamanya lepasan SPM/STPM, serta orang awam untuk membuat pilihan pengajian yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.

SEE ALSO  Status Halal Coklat Ferrero Rocher Boleh Makan Atau Tidak

Cara Hubungi

Bahagian Komunikasi Korporat,

Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA,

21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
Tel : 03-26134859/60/54 atau Faks: 03-26927386
Teknikal : 03-26134851

Facebook Karnival Pendidikan MARA
Semoga perkongsian Jadual Karnival Pendidikan MARA 2017 (Tarikh dan Lokasi) ini bermanfaat buat semua. Bukan sahaja kepada pelajar bahkan ianya juga untuk orang awam yang inginkan mengetahui maklumat tentang kerjaya dan pendidikan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*