Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN). Perhatian buat pelajar lepasan SPM/ STPM dan  lain-lain lagi yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi pengajian tinggi. Berikut dikongsikan tarikh dan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN) yang bakal diadakan di beberapa buah negeri dan zon di seluruh Malaysia. Permohonan kemasukan ke UA/ IPTA adalah melalui permohonan UPU online.

Tujuan utama Karnival Jom Masuk U ini ialah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat terperinci dan terkini berkaitan pendidikan dari universiti-universiti dan kolej-kolej yang menyertai pameran pendidikan tersebut. Semasa karnival itu anda boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran.

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN)

Karnival KPTN 2018 akan memudahkan anda dalam membuat keputusan yang tepat semasa melanjutkan pelajaran anda ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Para pelajar digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini untuk mendapatkan nasihat pemilihan program pengajian. Pemohon juga patut mendapatkan maklumat lanjut mengenai pilihan program pengajian yang dibuat untuk mengetahui peluang dalam mendapat tawaran pekerjaan.

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara Tahun 2018

Berikut adalah Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN) yang mengandungi maklumat berkaitan tarikh, lokasi dan negeri/zon.

Tahun 2018

KPTN 2018 akan diadakan dari hujung bulan Januari sehingga bulan April 2018. Senarai lokasi KPTN diadakan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

  • Sabah (Tawau) : 27 – 28 Januari
  • Sarawak (Miri) : 27 – 28 Januari
  • Melaka : 3 – 4 Februari
  • Perlis : 10 – 11 Februari
  • Kedah : 10 – 11 Februari
  • Johor : 24 – 25 Februari
  • Negeri Sembilan : 24 – 25 Februari
  • Pahang : 3 – 4 Mac
  • Terengganu : 3 – 4 Mac
  • Pulau Pinang : 10 – 11 Mac
  • Kelantan : 10 – 11 Mac
  • Sabah (Kota Kinabalu) : 17 – 18 Mac
  • WP Labuan : 17 – 18 Mac
  • Selangor : 31 Mac – 01 April
  • Perak : 7 – 8 April
  • Sarawak (Kuching) : 7 – 8 April

TAHUN 2017

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017

  • 1. Zon Timur (Kelantan, Terengganu Dan Pahang) : 11 – 12 Februari 2017 (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. AEON Kota Bharu, Kelantan (Perasmian Pembukaan)
  • 2. Mini Zon (Perlis dan Kedah) : 18 – 19 Februari 2017 (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. Dewan Ilmu Kampus UNIMAP Pauh Putra, Perlis
  • 3. Zon Selatan (Johor dan Melaka) : 25 hingga 26 Februari 2017 (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. Kampus UTHM, Batu Pahat, Johor
  • 4. Zon Utara dan Tengah (Pulau Pinang dan Perak) : 4 hingga 5 Mac 2017 (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. Padang Kawad, Kampus Induk,USM Pulau Pinang
  • 5. Zon Sabah (Sabah) : 11 hingga 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad). 8.30 pagi hingga 5 petang. Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
  • 6. Zon Sarawak (Sarawak) : 18 hingga 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad). 8.30 pagi hingga 5 petang. CityONE Megamall Kuching, Sarawak
  • 7. Zon Tengah. Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan : 25 hingga 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. DEWAN TUANKU CANSELOR USIM & PERKARANGAN, Negeri Sembilan. Perasmian Penutup

Kepada pelajar dan orang ramai, jom datang ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN) di lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Selamat berkarnival.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*