Jadual Kursus Haji 2017 Tarikh Dan Lokasi

Jadual Kursus Asas Haji (KAH) 2017 Seluruh Negeri. Berita baik, Jadual Kursus Haji 2017 beserta tarikh dan lokasi baru sahaja dikeluarkan oleh Tabung Haji Malaysia (TH). Maklumat yang dipaparkan dalam jadual KAH 2017 adalah tarikh mula dan akhir, tempat kursus dan nama penceramah. Jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa dan juga kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah boleh merujuk kepada jadual untuk maklumat lanjut kursus. Peserta yang berminat untuk mengikuti Kursus Asas Haji (KAH) 1438H tahun 2017 perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat dalam menganjurkan kursus ini.

Jadual Kursus Haji 2017
Jadual Kursus Haji 2017 Tarikh Dan Lokasi

Jadual Kursus Haji 2017 Tarikh Dan Lokasi

Berikut dikongsikan Jadual Kursus Haji 2017 untuk panduan semua. Jadual boleh dimuat turun dalam PDF di link yang disertakan di bawah ini.

Apa Itu Kursus Asas Haji (KAH)?

KAH adalah kursus pengenalan kepada ibadat haji, umrah dan ziarah. Kursus ini mengambil masa selama 17 sesi berturut-turut atau selama 4 bulan 1 minggu. Setiap siri mengambil masa selama 2 jam dan diadakan bermula dari bulan Rabiul Awal hingga Jamadil Akhir.

KAH adalah kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kursus ini diadakan di masjid-masjid yang terpilih di peringkat daerah seluruh negeri di Malaysia secara kerjasama antara Jabatan Agama Islam Negeri dan Lembaga Tabung Haji.

Kursus kedua dan seterusnya adalah Kursus Intensif Haji, Kursus Khas Haji dan Kursus Perdana Haji.

SUMBER : Tabung Haji

Semoga Jadual Kursus Asas Haji 2017 untuk seluruh negeri di Malaysia ini bermanfaat buat mereka yang bakal mengerjakan haji nanti.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*