Jadual Peperiksaan Penggal 1 STPM 2017

Jadual Waktu Peperiksaan Penggal 1 STPM 2017. Panduan buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan Penggal 1 STPM 2017 yang dikongsikan dari Majlis Peperiksaan Malaysia. Jadual Waktu Peperiksaan ini memaparkan maklumat berkaitan tarikh, hari, masa, kod kertas dan mata pelajaran. Peperiksaan STPM penggal 1 tahun 2017 akan berlangsung selama 4 hari dari 15, 16, 17 dan 21 November 2016.

Jadual Peperiksaan Penggal 1 STPM 2017

Berikut adalah jadual waktu lengkap peperiksaan STPM 2017 penggal 1.

Jadual Peperiksaan Penggal 1 STPM 2017
Jadual Peperiksaan Penggal 1 STPM 2017

Arahan AM

Berikut adalah arahan am peperiksaan STPM :

  1. Waktu peperiksaan adalah berbeza-beza mengikut kertas. Calon dikehendaki menyemak waktu peperiksaan sebenar bagi setiap kertas mengikut penggal.
  2. Masa yang dibenarkan bagi sesuatu kertas adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam  petak bersetentangan dengan nama kertas berkenaan. Penambahan MASA TAMBAHAN TIDAK  DIBENARKAN. Masa untuk membaca soalan adalah termasuk dalam masa yang dinyatakan bagi kertas berkenaan.
  3. Perhatian – Calon dikehendaki membaca ARAHAN, AMARAN, dan PERINGATAN yang diberikan dalam Jadual Waktu peperiksaan ini.
  4. Calon tidak dibenarkan membawa Jadual  Waktu Peperiksaan, Arahan, Amaran, dan Peringatan Kepada Calon ini ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
  5. Adalah dilarang membawa masuk sebarang peranti termasuk jam tangan pintar yang tidak dibenarkan semasa menduduki peperiksaan
  6. Nota – Calon yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dinasihati supaya berpakaian kemas dan sesuai, dan sentiasa mengikut tatatertib di dalam dewan/bilik peperiksaan.
  7. Calon tidak dibenarkan keluar dalam tempoh 30 minit selepas  peperiksaan bermula dan dalam tempoh 30 minit sebelum peperiksaan tamat.
SEE ALSO  Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan

[junkie-alert style=”red”] Calon peperiksaan boleh memuat turun jadual peperiksaan ini dengan lengkap beserta arahan am, peringatan dan amaran di MPM. [/junkie-alert]

Kepada pelajar STPM< selamat menduduki peperiksaan STPM Penggal 1 tahun 2017. Semoga anda berjaya lulus dengan cemerlang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*