Jadual Perjalanan TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2018

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2018. Berikut adalah Jadual Perjalanan TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2018 untuk perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS Highways) di Malaysia.  Jadual TTA PLUS ini dikeluarkan untuk perjalanan pada hari-hari puncak (Peak-hours) Hari Raya Aidilfitri 2018 iaitu dari tarikh 9 Jun sehingga 14 Jun 2018 dan 17 Jun hingga 24 Jun 2018. Umat Islam dijangka menyambut Hari Raya pada hari Jumaat, 15 Jun 2018 (1 Syawal 1439H).

Jadual Perjalanan TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri Tahun 2018

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu.Orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak supaya mengikuti TTA.

Jadual Perjalanan TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2018

NOTA : 

  1. 9 hingga 14 Jun 2018 : Pengguna dari Lembah Klang (Kuala Lumpur) ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (utara) dan Johor adalah disarankan untuk memasuki Lebuh Raya sebelum jam 10 pagi. Manakala lain-lain negeri yang tidak dinyatakan, pengguna disarankan memasuki Lebuh Raya selepas 10 pagi
  2. 17 hingga 24 Jun 2018 : Pengguna dari semua negeri yang mahu pulang atau kembali ke Lembah Klang (Kuala Lumpur) dicadangkan memulakan perjalanan memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi

Maklumat Trafik Terkini Di Lebuhraya PLUS

Sebagai panduan, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan berikut :-

  1. Twitter PLUSTrafik
  2. Aplikasi PLUS Mobile Apps
  3. Talian PLUSLine 1800 88 0000
  4. Papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih
  5. Mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.
    Sumber : PLUS

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga Jadual Perjalanan TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2018 ini boleh dijadikan panduan untuk balik kampung dan kembali ke bandar bagi mengelakan kesesakan lalu lintas.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*