Jadual Perjalanan TTA PLUS Tahun Baru Cina 2017

Travel Time Advisory (TTA)/ Jadual Perjalanan TTA PLUS Tahun Baru Cina 2017. Berikut dikongsikan Jadual Perjalanan PLUS (TTA) untuk Perayaan Tahun Baru Cina 2017 (Chinese New Year – CNY). TTA PLUS ini memaparkan jadual cadangan waktu perjalanan ke sesuatu destinasi dalam mengelakkan kesesakan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan. Tahun Baru Cina 2017 di Malaysia akan dirayakan pada 28 dan 29 Januari 2017 (Sabtu dan Ahad). Hari Isnin pada 30 Januari adalah merupakan cuti umum di Malaysia. Cuti tahun baru Cina merupakan di antara cuti panjang yang terdapat pada tahun 2017.

TTA PLUS Tahun Baru Cina 2017 Travel Time Advisory

Jadual Perjalanan TTA PLUS Tahun Baru Cina 2017

Berikut dikongsikan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS sempena perayaan Tahun Baru Cina 2017. Travel Time Advisory ini adalah untuk perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan PLUS pada 26 Januari sehingga 5 Februari 2017.

  • Tarikh Perayaan Tahun Baru Cina : 28 dan 29 Januari 2017 (Sabtu dan Ahad)
  • Hari Isnin (30 Januari) : Cuti Umum di Malaysia

Jadual Perjalanan TTA PLUS Tahun Baru Cina 2017

Sumber : PLUS

Apa Itu TTA PLUS?

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu. Orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak dinasihatkan supaya mengikuti TTA bagi mengelakan kesesakan lebuhraya.

Cadangan Jadual Waktu Perjalanan PLUS CNY 2017

Berdasarkan TTA PLUS yang dikongsikan diatas, orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara dan Johor boleh mula bergerak dan memasuki lebuh raya sebelum jam 12:00 tengah hari.

SEE ALSO  Jadual Perlawanan JDT Julai 2016

Bagi orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih dekat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah pula dinasihatkan bergerak dan memasuki lebuh raya selepas jam 2:00 petang.

Berdasarkan trend perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu, PLUS menjangkakan Hari-Hari Puncak di mana jumlah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan adalah tinggi akan jatuh pada 26, 27, 28, 29, 30 dan 31 Januari serta 4 dan 5 Februari 2017.

Rebat Tol 50 Peratus Untuk Pembayaran Tol Secara Elektronik

PLUS juga akan menawarkan Rebat Tol sebanyak 50 peratus bagi pengguna Kenderaan Kelas 1 di Lebuhraya Utara-Selatan dan ELITE. Ianya ditawarkan kepada mereka yang menggunakan sistem elektronik iaitu kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG untuk membayar tol di antara jam 12 malam hingga 6 pagi pada 27 Januari, 30 Januari, 3 Februari dan 4 Februari ini.

Dengan cuti hujung minggu dan cuti sekolah yang panjang, semoga TTA PLUS boleh dijadikan panduan penting buat pengguna dalam merancang perjalanan yang terbaik.

Semoga perkongsian Jadual Perjalanan TTA PLUS Tahun Baru Cina 2017 ini bermanfaat untuk semua. Kepada pengguna Lebuhraya PLUS, selamat bercuti dan sila memandu secara berhemah di jalan raya.

SEE ALSO  Permohonan Bantuan Perkahwinan Baitulmal MAIWP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*