Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2017

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Melaka Tahun 2017. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi negeri Melaka Bandaraya Bersejarah bagi Bulan Ramadhan tahun 2017/ 1438 Hijrah yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM). Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2017 ini memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah serta waktu berbuka dan imsak.

Umum sedia maklum yang tarikh mula puasa 1 Ramadhan 1438H di Malaysia adalah pada 27 Mei 2017 (Hari Sabtu). Ianya merupakan cuti umum bagi Negeri Melaka, Johor dan Kedah.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2017

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2017

Berikut adalah jadual rasmi waktu berbuka puasa dan Imsak bagi seluruh Negeri Melaka tahun 2017.

Nota

  • * Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
  • ** Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar
    Raja-Raja Malaysia
SEE ALSO  Semakan Keputusan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2017

Sumber : JAKIM

Panduan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Berikut dikongsikan panduan berpuasa di bulan Ramadhan termasuk niat puasa, doa berbuka dan cara solat terawih.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadhan.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut.

SEE ALSO  Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Ramadhan SMS Whatsapp

Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga perkongsian Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2017 ini bermanfaat buat semua umat Islam dalam mendapatkan waktu berbuka dan Imsak sepanjang bulan Ramadhan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*