Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Terengganu 2017. Panduan buat umat Islam yang berada di Negeri Terengganu pada bulan Ramadhan tahun 2017. Tarikh mula puasa 1 Ramadhan 1438H di Malaysia adalah pada 27 Mei 2017 (Hari Sabtu). Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Imsak Terengganu 2017 bagi Bulan Ramadhan tahun 2017/ 1438 Hijrah.
Jadual rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM). Jadual memaparkan maklumat berbuka dan Imsak seperti tarikh dan hari.
Panduan Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Dikongsikan juga maklumat penting lain semasa bulan Ramadhan seperti berikut:-
- Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak seluruh negeri di Malaysia : Waktu Berbuka/ Imsak
- Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa – Klik Niat & Doa
- Panduan cara solat Terawih
- Tarikh Nuzul Quran 2017
- Kadar Bayaran Zakat Fitrah
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadhan.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Imsak Terengganu 2017 (1438H)
Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Terengganu tahun 2017 mengikut zon/ kawasan :-
-
Zon 1 – Kuala Terengganu dan Marang
-
Zon 2 – Besut dan Setiu
-
Zone 3 – Hulu Terengganu
-
Zon 4 – Kemaman dan Dungun
Sumber : JAKIM
Semoga Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2017 Terengganu ini boleh dijadikan panduan buat umat Islam dalam mengetahui waktu berbuka dan Imsak semasa bulan Ramadhan 2017. Semoga ibadah kita di terima Yang Maha Esa.