Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017

Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017. Perhatian buat pelajar Darjah 6 tahun 2017 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan tarikh peperiksaan UPSR 2017.  Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017 iaitu Ujian Bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ada dikongsikan dibawah ini selepas pengumuman rasmi dari LPM.

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017 (Calon Biasa)

Peperiksaan UPSR akan dilangsungkan selama 5 hari bermula dari 11 hingga 14 dan 18 September 2017. UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah merupakan peperiksaan yang dikhususkan dan diambil oleh pelajar-pelajar Tahun Enam pendidikan sekolah rendah.

Tarikh Peperiksaan

  • Ujian bertulis UPSR 2017 akan diadakan dari 11-14 dan 18 September 2017

Berikut adalah jadual penuh/ lengkap peperiksaan UPSR 2017 yang memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan dijalankan.

  • Tarikh peperiksaan : 11 hingga 14 September dan 18 September 2017

UPSR 2017 Timetable

Isnin, 11 September 2017

isnin 11 september

Selasa, 12 September 2017

selasa 12 september

Rabu, 13 September 2017

rabu 13 september

Khamis, 14 September 2017

khamis 14 september

Isnin, 18 September 2017   

isnin 18 september

Jadual lengkap peperiksaan UPSR 2017 beserta panduan dan arahan peperiksaan boleh di muat turun/ download di LPM UPSR

BAHAGIAN D : CALON  – ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN

1.    ARAHAN AM

  • 1.1 Calon wajib menduduki  semua  kertas  peperiksaan  bagi  mata  pelajaran  yang  didaftar. Calon yang tidak  dapat  menduduki mana-mana  kertas  peperiksaan bertulis sama ada   kertas   peperiksaan   objektif   aneka   pilihan   atau   kertas peperiksaan   subjektif akan   dianggap TIDAK   HADIR bagi   mata   pelajaran berkenaan.  Calon  yang tidak  dapat  menduduki  atau  tidak  hadir sesuatu  kertas peperiksaan   dikehendaki   mengemukakan dokumen   sokongan seperti   surat perakuan  doktor  atau  surat  kebenaran  khas  Pengarah  Peperiksaan. Dokumen sokongan   ini   hendaklah   diserahkan   kepada  Ketua   Pengawas   Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2017.
  • 1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada K enyataan  Kemasukan Peperiksaan sebelum  peperiksaan.  Calon  hendaklah  memaklumkan  kepada  pihak sekolah sekiranya   terdapat   kesilapan   maklumat   dan   mengisi  Borang   Pembetulan Maklumat  Calon.  Calon  dikenakan  bayaran RM30.00.  Pembayaran  hendaklah dibuat  kepada  pihak JPN  atas  nama  Pengarah Peperiksaan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  • 1.3 Calon  hendaklah  membaca  Garis  Panduan  dan  Arahan  Peperiksaan  yang dinyatakan  dalam  Jadual Waktu  Peperiksaan UPSR 2017 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

  • 2.1 Calon  hendaklah  berada  di  tempat  duduk  di  dalam  dewan/bilik  peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
  • 2.2 Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran/MyKid atau Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat  Perakuan  Pengenalan  Diri di  penjuru  kanan  sebelah  label  meja sepanjang  waktu  peperiksaan.  Calon  dilarang  menduduki  peperiksaan  tanpa dokumen berkenaan.
  • 2.3 Calon  dibenarkan  menduduki  peperiksaan  atas  budi  bicara  Ketua  Pengawas Peperiksaan  sekiranya  tiba 30  minit  selepas  peperiksaan  dimulakan.  Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

Semoga adik-adik berjaya dalam Peperiksaan UPSR 2017 yang akan diadakan nanti. Doa menghadapi peperiksaan klik Doa Peperiksaan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*