Jersi Baru Harimau Malaysia 2016 Nike

Jersi Baru Skuad Bolasepak Harimau Malaysia. Jersi terkini Harimau Malaysia dari Nike telah pun dilancarkan pada 15 November 2016. Majlis pelancaran Jersi Baru Harimau Malaysia 2016 untuk skuad bolasepak kebangsaan telah berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil. Jersi baru ini akan digunakan oleh pasukan kebangsaan pada Kejohanan Bolasepak Piala AFF Suzuki 2016 bermula 20 November ini. Apa yang menarik kali ini, logo di bahagian dada telah ditukar ke logo FAM dan bukannya bendera Malaysia.

Jersi Baru Harimau Malaysia 2016
Jersi Baru Harimau Malaysia 2016 Nike

Jersi Baru Harimau Malaysia 2016 Nike

Berikut dikongsikan gambar jersi beserta sedikit maklumat berkaitan perubahan jersi yang dapat dikongsikan dari Laman Web Harimau Malaysia. Pelancaran jersi Harimau Malaysia juga adalah bersempena dengan kerjasama 10 tahun Nike dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

  1. Tiada lagi corak ‘Tiger Stripes’ untuk jersi utama atau kedua
  2. Logo FAM di bahagian dada baju menggantikan bendera Malaysia
  3. Warna Jersi ‘HOME’ dengan warna utama hitam menggantikan warna kuning pada jersi sebelumnya. Sedikit warna kuning dibahagian tepi baju, kolar dan seluar
  4. Jersi ‘AWAY’ dengan warna utama putih dan sedikit warna biru
  5. Harga jersi adalah RM289.00. Akan mula dijual mulai hari Rabu, 16 November 2016 di rangkaian kedai sukan Al-Ikhsan di seluruh negara

Gambar Jersi Baru Nike Skuad Bolasepak Kebangsaan

Berikut adalah gambar-gambar jersi baru Harimau Malaysia yang menarik dan sedikit berlainan dari jersi sebelumnya.

Jersi Baru Harimau Malaysia

Jersi Baru Harimau Malaysia
Pelancaran jersi baru Harimau Malaysia ini diharapkan dapat membakar semangat pemain dalam mengharungi kejohanan bolasepak Piala AFF Suzuki 2016. Semoga skuad bolasepak kebangsaan dapat beraksi cemerlang dan seterusnya menjulang piala berprestij di rantau ASEAN ini. Gambar kredit : FB Harimau Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*