Juara Ceria Popstar 2016 Final Musim 4

Konsert kemuncak/ final Ceria Popstar 2016 musim keempat akan berlangsung malam ini, 27 Mei 2016 dengan 4 finalis akan berentap merebut gelaran Juara Ceria Popstar 2016 musim 4. Konsert kemuncak Ceria Popstar 4 akan dibawakan khas secara langsung dari Kompleks Studio Merdeka FINAS. Siaran langsung konsert Ceria Popstar 4 malam ini akan bermula pada jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ceria (saluran 611), Astro Prima (Saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

keputusan Juara Ceria Popstar 2016
Juara Ceria Popstar 2016

Senarai Finalis Ceria Popstar 4 2016

Empat peserta akhir Konsert Final Ceria Popstar 4 2016 adalah seperti berikut :-

  1. Rezza
  2. Hazmil
  3. Jun
  4. Aniq

Senarai semua peserta Ceria Popstar 2016 kali ini ada di Ceria Popstar 2016.

Keputusan Juara Ceria Popstar 2016

Untuk konsert akhir, sistem pemarkahan adalah berdasarkan 50% oleh juri tetap dan 50% lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Berikut adalah keputusan rasmi Keputusan Juara Final Ceria Popstar 4 Tahun 2016 :-

Ceria Popstar 1 : Hairul & Leen
Ceria Popstar 2 : Masya
Ceria Popstar 3 : Dayang
Ceria Popstar 4 : ?

  • Juara Ceria Popstar 4 – Jun : wang tunai RM20,000 beserta trofi sumbangan Astro
  • Naib juara – Rezza : wang tunai RM15,000 beserta trofi
  • Pemenang tempat ketiga – Aniq : Wang tunai RM10,000 beserta trofi
  • Pemenang tempat keempat – Hazmil : Wang tunai RM5,000 beserta trofi
  • Anugerah Bintang Genius tajaan Qu Puteh IQ Genius :

Tahniah kepada pemenang Ceria Popstar 2016 Musim Keempat iaitu Jun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*