Jumlah Bonus Tabung Haji 2016 Kadar Hibah Tahunan

Kadar Hibah Tahunan Dan Hibah Haji TH 2016-2017. Berapakah jumlah kadar pendapatan peratus bonus Tabung Haji tahun 2016? Berikut adalah Jumlah Bonus Tabung Haji 2016 iaitu Kadar Hibah Tahunan dan Hibah Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. Pengumuman pengagihan telah dibuat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari Jumaat, 3 Februari 2017.

Jumlah Bonus Tabung Haji 2016 Kadar Hibah Tahunan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan pembayaran Jumlah Bonus Tabung Haji atau Hibah Tahunan untuk panduan pendeposit Tabung Haji. Dikongsikan juga informasi berkaitan cara pengiraan bonus TH.

Bonus TH tahun 2016

  • 4.25% Bonus tahunan dan 1.5% bonus haji

Jumlah Bonus Tabung Haji 2016 Kadar Hibah Tahunan

Bonus haji adalah merupakan bonus khas yang diberikan kepada para pendeposit Tabung Haji yang belum pernah menunaikan ibadah haji dan terhad kepada bayaran haji semasa

Sebagai perbandingan, Jumlah kadar pendapatan Tabung Haji untuk tahun 2015 yang telah diumumkan pada hari Khamis, 4 Februari 2016 adalah seperti berikut:

5 % bonus tahunan dan tambahan bonus haji 3 % = 8%

Ini menunjukkan kadar pengagihan pendapatan pendeposit TH untuk tahun 2016 adalah berkurangan berbanding tahun lepas.

Apa Itu Bonus Tahunan Tabung Haji?

Bonus tahunan adalah merupakan bonus yang diisytiharkan oleh Tabung Haji mengikut prestasi kewangan tahun semasa. Ianya diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH.

Bonus Haji?

Merupakan Bonus Khas yang diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi meningkatkan tabungan mereka. Majoriti 8 juta pendeposit akan mendapat Bonus Haji ini.

Sejarah Pembayaran Bonus Tabung Haji 2010 Hingga 2015

Berikut pula adalah sejarah pembayaran bonus tahunan dan bonus Haji TH dari tahun 2010 hingga 2015 :-

TAHUN BONUS TAHUNAN BONUS HAJI JUMLAH
2015 5 % 3% 8%
2014 6.25% 2% 8.25%
2013 6.00% 2% 8%
2012 6.50% 1.50% 8%
2011 6.00% Tiada bonus 6.00%
2010 5.50% Tiada bonus 5.50%

Cara Pengiraan Bonus Tabung Haji

Jumlah Bonus Tabung Haji 2016 Kadar Hibah Tahunan

Walaupun berkurangan dari tahun sebelumnya. Semoga kadar dividen dan bonus TH yang telah diumumkan ini mampu mengembirakan pendeposit Tabung Haji dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa,

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*