Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ STPM

Senarai Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ STPM. Perhatian buat pelajar yang bercadang untuk membuat permohonan UPU 2017 online ke UA/ IPTA. Sebagai panduan, berikut dikongsikan kategori permohonan UPU lepasan SPM/ STPM yang dikongsikan dari Laman Web UPU. Permohonan UPU online kemasukan ke UA adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/My Kad sahaja.

Senarai Kategori Permohonan UPU
Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ STPM

Senarai Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ STPM

Berikut adalah senarai kategori permohonan UPU online mengikut kelayakan dan tahun. Pemohon boleh melayari Laman Web UPU dan rujuk Kategori Permohonan. Klik kategori yang diinginkan untuk memaparkan senarai kategori.

A. LEPASAN SPM/ SETARAF

Senarai kategori pemohonan untuk lepasan SPM dan setaraf adalah seperti berikut :-

1. Kategori A

  • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja

2. Kategori B

  • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2014 atau 2013
SEE ALSO  Keputusan Pemenang AME 2017 Anugerah MeleTOP ERA

3. Kategori C

  • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA

4. Kategori D

Pemohon yang menggunakan keputusan seperti berikut;

  1. SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013
  2. Peperiksaan SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014
  3. SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015

B. PEMOHON LEPASAN STPM/ SETARAF

Kategori pemohonan untuk lepasan STPM dan setaraf adalah seperti berikut :-

  • Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2015
  • S • Aliran Sains Calon STPM 2015

C. PELAJAR MATRIKULASI KPM/ PASUM/ ASASI UiTM

  1. Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
  2. P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
  3. Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
  4. L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
  5. Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
  6. J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM
SEE ALSO  Tema Maal Hijrah 2016/ 1438H

D. LEPASAN DIPLOMA/SETARAF

1. Kategori E

  • Aliran Sastera

2. Kategori F

  • Aliran Sains

Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
STP/ HSC/ STPM Tahun 2013 atau sebelumnya atau,
Lulusan STPM Ulangan atau,
Matrikulasi Sesi 2014/2015 dan sebelumnya atau Lulusan Asasi Sesi 2014/2015 dan sebelumnya atau,
Lulusan STAM tahun 2012 dan sebelumnya atau,
Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

E. LEPASAN STAM

Kategori T

  • Pelajar Lepasan STAM tahun 2014 atau 2015 sahaja

Senarai kategori permohonan UPU 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa. Selamat membuat Permohonan UPU 2017 pada awal Februari nanti. Semoga anda berjaya menerima tawaran kemasukan ke UA/ Institusi serta program yang anda hajati.

SEE ALSO  Permohonan iDANATTB Bantuan Rakyat Terengganu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*