Kedah Cuti Esok Jika Menang Piala Malaysia 2016

Kedah Cuti Peristiwa Esok 31 November 2016 Jika Juara Piala Malaysia 2016. Kedah juara Piala Malaysia 2016? Jika Kedah menang, maka esok, Isnin 31 Oktober 2016 akan diisytiharkan sebagai cuti umum peristiwa. Pengumuman telah dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Berikut dikongsikan kenyataan berkaitan Kedah Cuti Esok Jika Menang Piala Malaysia 2016. Perlawanan akhir diantara Selangor vs Kedah akan berlangsung malam ini di Stadium Shah Alam bermula 900 malam.

Kedah Cuti Esok Jika Menang Piala Malaysia 2016
Kedah Cuti Esok Jika Menang Piala Malaysia 2016

Kedah Cuti Esok Jika Menang Piala Malaysia 2016

Buat rakyat Kedah, berikut dikongsikan kenyataan daripada Setiausaha Akhbar MB Kedah, En Nahar Tajri mengenai Kedah Cuti Peristiwa esok jika menang Piala Malaysia 2016. Juga diumumkan bayaran bonus jika juara Piala Malaysia 2016. Untuk makluman, Kedah kali terakhir menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2008.

Kenyataan Daripada Setiausaha Akhbar MB Kedah, En Nahar Tajri

Kedah diisytiharkan cuti pada Isnin (31/10/2016) SEKIRANYA KEDAH MENJUARAI TM PIALA MALAYSIA. Majlis ramah mesra, YAB Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah Menteri Besar Kedah bersama pasukan Hijau Kuning.

1. Sekiranya pasukan Hijau Kuning berjaya memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia sekaligus membawa pulang Piala Malaysia malam esok (ini), kerajaan negeri Kedah bersetuju mengumumkan hari Isnin, 31 Oktober 2016 sebagai hari cuti umum bagi negeri Kedah menurut Akta Cuti 1951.
2. Menurut Akta ini, sekiranya pekerja masih lagi dikehendaki bekerja pada hari Isnin,31 Oktober 2016, maka majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan.
3. Namun begitu majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan cuti hari Isnin kepada hari hari lain tetapi masih tertakluk kepada peruntukan undang undang berkaitan.
4. Dalam pada itu saya juga suka untuk bahawa pihak KFA bersetuju untuk membuat bayaran bonus sebanyak RM25,000 kepada pasukan Hijau Kuning jika kita berjaya menjulang Piala Malaysia pada aksi final nanti.
5. Kita juga bersetuju untuk mengadakan lawatan perlawanan persahabatan keluar negara yang sesuai sebagai bonus tambahan kepada pasukan.
6. Dalam pada itu satu sambutan besar besaran juga akan diadakan di Lapangan Terbang Sultan Halim (LTSH) bagi menyambut kepulangan wira negeri sebagai tanda penghargaan kepada mereka membawa pulang piala paling berprestij di Malaysia itu.
6. Keputusan ini dibuat berdasarkan kemampuan semasa kerajaan negeri selain mengambil kira komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan sejak dari awal kejohanan sehingga lah aksi separuh akhir mengalahkan PDRM sebelum ini.

Bayaran Bonus

7. Untuk makluman media KFA juga sudah membuat bayaran bonus sebanyak RM9,000 beserta tambahan RM3,000 sebagai bonus bagi perlawanan separuh akhir.
8. Di kesempatan ini saya juga ingin menyampaikan setinggi tinggi pengharagaan kepada pemain ke-12 kita iaitu penyokong hijau kuning yang akan turut serta di stadium Shah Alam untuk menggamatkan suasana bagi memberi semangat kepada pasukan.
9. Sumbangan moral penyokong ini amat kami hargai dan saya berharap sorakan kumpulan penyokong ini akan terus bergema megah pada aksi final nanti bagi memberi semangat kepada pemain.
10. Semoga dengan sokongan jitu semua pihak yang terlibat akan membawa kejayaan untuk merangkul piala Malaysia buat kali kelima selepas berjaya memenanginya pada tahun 1990, 1993, 2007 dan 2008.

Sumber Facebook Kedah FA

Pengumuman awal Kedah Cuti Esok Jika Menang Piala Malaysia 2016 serta bonus dari Kerajaan Negeri Kedah ini diharapkan dapat menyemarakan semangat pemain Kedah. Tahniah kepada pemenang Juara Piala Malaysia 2016 diantara Kedah dan Selangor.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*