Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2016

Keputusan Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016. ABK 2016 bakal kembali lagi dengan penyampaian anugerah kepada para pemenang bolasepak kebangsaan bagi semua kategori yang dipertandingkan. Siapakah bakal pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2016? Berikut adalah Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Anugerah tahun ini akan berlangsung pada hari Jumaat, 23 Disember 2016 di Geno Hotel, Subang Jaya, Selangor bermula jam 8 malam. Sebanyak 25 kategori akan dipertandingkan iaiatu penambahan sebanyak 9 kategori berbanding tahun 2015. Pasukan JDT diramal untuk menguasai anugerah kali ini hasil kejayaan menjuarai Liga Super, Piala Sumbangsih dan Piala FA.

Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2016
Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2016

Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2016 : Senarai Pemenang

Berikut adalah keputusan pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016. Untuk pertama kalinya, peminat bolasepak tempatan berpeluang untuk menentukan ‘The Best 11’ atau kesebelasan terbaik pada musim ini. Peminat boleh membuat undian secara online dan 100 pengundi terawal berpeluang untuk hadir ke Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016. Sebanyak 25 kategori akan dipertandingkan dengan dengan pemenang anugerah utama adalah seperti berikut :-

SEE ALSO  Laluan JDT AFC Champions League 2017 Play Off

[junkie-alert style=”green”] Keputusan Rasmi [/junkie-alert]

1. Pemain Paling Bernilai

  • Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

2. Penyerang Terbaik

  • Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

3. Pemain Tengah Terbaik

  • Safiq Rahim (JDT)

4. Pertahanan Terbaik

  • Rizal Ghazali (Kedah)

5. Penjaga Gol Terbaik

  • Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

6. Jurulatih Terbaik

  • Tan Cheng Hoe (Kedah)

7. Pemain Import Terbaik

  • Jorge Pereyra Díaz (JDT)

8. Pemain Muda Harapan

  • Safawi Rasid (T-Team)

9. Laman Web Terbaik : Kategori Baru

  • Johor Southern Tigers

10. Media Sosial Terbaik : Kategori Baru

  • Johor Southern Tigers – Juara

11. Anugerah Fair Play

  • Negeri Sembilan

12. Pemain Wanita Terbaik

  • Dandree Rofinus (MISC-MIFA)

13. Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super) : Kategori Baru

  • Fazrul Hazli Mohd Kadri (Perak)

14. Penjaring Terbanyak Import (Liga Super)

  • Jorge Pereyra Diaz (JDT)

15. Penjaring Terbanyak Tempatan (100PLUS Liga Premier) : Kategori Baru

  • Abdul Malik Mat Ariff (Kuantan FA)
SEE ALSO  Keputusan AJL 31 Anugerah Juara Lagu TV3 Akhir 2017

16. Penjaring Terbanyak Import (100PLUS Liga Premier)

  • Ilija Spasojevic (Melaka)

17. Pasukan Bolasepak Terbaik

  • Johor Darul Ta’zim

18. Penyokong Terbaik

  • Johor Darul Ta’zim (Liga Super)
  • Melaka (Liga Perdana)

19. Anugerah Komuniti : Kategori Baru

  • Akademi Subadron Aziz
  • Kindness Malaysia

20. Anugerah Khas – Piala Presiden : Kategori Baru

  • Kelantan

21. Anugerah Khas – Piala Belia : Kategori Baru

  • Sekolah Sukan Bukit Jalil

22. Anugerah Selamat Datang : Anugerah Khas

  • MISC MIFA

23. Anugerah Selamat Datang : Anugerah Khas

  • PKNP FC

24. Penghargaan Khas

  • Mohd Faiz Subri (FIFA Puskas Award)

25. Penghormatan Khas

  • Ah Wa (Penyokong Perak)

26. The Best 11 (Pilihan Penyokong)

  1. Tan Cheng Hoe (Kedah) – Jurulatih
  2. Izham Tarmizi (JDT) – Penjaga Gol
  3. Fazly Mazlan (JDT) – Pertahanan Kanan
  4. Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) – Pertahanan Tengah
  5. Marcos Antonio (JDT) – Pertahanan Tengah
  6. Rizal Ghazali (Kedah) – Pertahanan Kiri
  7. Andik Vermansah (Selangor) – Pemain Sayap Kanan
  8. Safiq Rahim (JDT) – Pemain Tengah
  9. Liridon Krasniqi (Kedah) – Pemain Tengah
  10. Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah) – Pemain Sayap Kiri
  11. Ahmad Hazwan Bakri (Selangor) – Penyerang
  12. Jorge Pereyra Díaz (JDT) – Penyerang
SEE ALSO  Live Streaming Keputusan Final Piala Malaysia 2016

27. Pemain Paling Popular (Pilihan Penyokong)

  • Liridon Krasniqi (Kedah) – 3536 undian

 

Anugerah Baru ABK 2016

  1. Anugerah Media Sosial Terbaik
  2. Laman Web Terbaik
  3. Komuniti
  4. Anugerah Khas – Piala Presiden
  5. Khas – Piala Belia
  6. Anugerah Selamat Datang – MISC MIFA
  7. Selamat Datang – PKNP FC
  8. Penghargaan Khas
  9. Penghormatan Khas

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2016. Semoga mutu bolasepak Malaysia akan terus maju pada masa hadapan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*