Keputusan Anugerah Puskas FIFA 2016 Faiz Subri

Keputusan Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016. Tahniah kepada pemain tengah bolasepak Pulau Pinang, Faiz Subri. Beliau telah terpilih di antara tiga calon yang disenarai pendek untuk Anugerah Puskas FIFA 2016. Anugerah Puskas merupakan pengiktirafan buat gol tercantik yang dijaringkan sepanjang tahun 2016. Faiz muncul pemain pertama dari Malaysia dan Asia yang tersenarai dalam 3 terbaik. Berikut adalah Keputusan Anugerah Puskas FIFA 2016 (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa -FIFA) yang akan diumumkan pada 9 Januari 2017 di Zurich, Switzerland. Waktu Malaysia sekitar awal pagi Selasa, 10 Januari 2017.

[junkie-alert style=”green”] Tahniah Mohd Faiz Subri pemenang Anugerah Puskas FIFA untuk gol tercantik 2016 [/junkie-alert]

Keputusan Anugerah Puskas FIFA 2016

Keputusan Anugerah Puskas FIFA 2016

Faiz Subri telah terpilih sebagai 3 calon terakhir selepas mencipta gol sepakan percuma yang menakjubkan. Jaringan freekick cantik dari jarak 32 meter telah dilakukan dalam aksi Liga Super 2016 bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, 16 Februari 2016.

Gol lencongan menarik itu boleh diundi menerusi pautan http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/ sehigga 9 Januari 2017 (6 petang Isnin waktu Zurich)

Senarai Calon Akhir

Berikut adalah 3 calon akhir bagi merebut Anugerah Puskas FIFA 2016.

  1. Marlone (BRA): Corinthians menentang Cobresal, Copa Libertadores
  2. Daniuska Rodriguez (VEN): Venezuela menentang Colombia, Kejohanan Wanita Bawah 17 Tahun Amerika Selatan
  3. Mohd Faiz Subri (MAS): Pulau Pinang menentang Pahang, Liga Super Malaysia
SEE ALSO  Semakan Keputusan UPKK 2016 Online

Keputusan Pemenang

Siapakah pemenang? Keputusan mengenai gol paling cantik akan diumumkan di Zurich, Switzerland pada 9 Januari 2017.

  • Mohd Faiz Subri (Malaysia)

Anugerah Lain

1. Anugerah Pemain Lelaki Terbaik 2016 FIFA

  • Antoine Griezmann (France / Altetico Madrid)
  • Lionel Messi (Argentina / FC Barcelona)
  • Cristiano Ronaldo (Portugal / Real Madrid) : PEMENANG

2. Anugerah Pemain Wanita Terbaik 2016 FIFA

  • Melanie Behringer (Germany / Bayern Munich)
  • Carli Lloyd (United States / Houston Dash) : PEMENANG
  • Marta (Brazil / FC Rosengard)

3. Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik 2016 FIFA

  • Claudio Ranieri (Italy / Leicester City) : PEMENANG
  • Fernando Santos (Portugal / Portugal)
  • Zinedine Zidane (France / Real Madrid)

4. Anugerah Jurulatih Wanita Terbaik 2016 FIFA

  • Jill Ellis (England / United States)
  • Silvia Neid (Germany / Germany) : PEMENANG
  • Pia Sundhage (Sweden / Sweden)

5. Anugerah Puskás 2016 FIFA

  • Marlone (Brazil / Corinthians)
  • Daniuska Rodriguez (Venezuela / AFF San Diego)
  • Mohd Faiz Subri (Malaysia / Pulau Pinang) : PEMENANG
SEE ALSO  Live Streaming Malaysia Vs Myanmar 26 November 2016

6. Anugerah Penyokong Terbaik 2016 FIFA

  • Penyokong ADO Den Haag (Feyenoord vs ADO Den Haag)
  • Borussia Dortmund dan Liverpool (Borussia Dortmund vs Liverpool) : PEMENANG
  • Penyokong Iceland (France vs Iceland)

7. Anugerah Fair Play 2016 FIFA

  • Atletico Nacional

8. FIFA FIFPro World11

  •     Manuel Neuer (Bayern Munich / Penjaga Gol)
  •     Dani Alves (Juventus / Pertahanan Kanan)
  •     Gerard Piqué (FC Barcelona / Pertahanan Tengah)
  •     Sergio Ramos (Real Madrid / Pertahanan Tengah)
  •     Marcelo (Real Madrid / Pertahanan Tengah)
  •     Toni Kroos (Real Madrid / Pemain Tengah)
  •     Luka Modrid (Real Madrid / Pemain Tengah)
  •     Andrés Iniesta (FC Barcelona / Pemain Tengah)
  •     Lionel Messi (FC Barcelona / Penyerang)
  •     Luis Suarez (FC Barcelona / Penyerang)
  •     Cristiano Ronaldo (Real Madrid / Penyerang)

Penghargaan Karier Cemerlang

  • Falcao (Futsal)

Semua rakyat Malaysia mengharapkan Faiz Subri untuk memnangi Anugerah Puskas FIFA 2016. Untuk makluman, Anugerah Puskas dinamakan bersempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari tahun 1959 hingga 1966.

SEE ALSO  Senarai Pemain JDT 2017 Johor Darul Takzim

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*