Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India

Jadual, Carta Kedudukan Dan Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India. Skuad remaja Malaysia akan beraksi di kejohanan hoki bertaraf antarabangsa iaitu Hoki Piala Dunia Remaja 2016 (Hockey Junior World Cup 2016). Kejohanan edisi ke 11 ini akan berlangsung dari 8 hingga 18 Disember 2016 di Lucknow, India. Pasukan remaja Malaysia di bawah bimbingan Jurulatih, Wallace Tan layak beraksi hanya selepas pasukan Pakistan terpaksa menarik diri. Berikut adalah Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India melibatkan pasukan Malaysia. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801, 802 HD, 810 dan 834 HD.

Jadual dan Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India
Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016

Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India

Pasukan Malaysia telah diundi bersama 2 jaguh Eropah iaitu Belanda dan Belgium dalam Kumpulan B. Satu lagi pasukan adalah Mesir. Sebanyak 16 pasukan beraksi dan dibahagikan dalam 4 kumpulan iaitu 4 pasukan setiap kumpulan. Pasukan akan beraksi di Stadium Major Dhyan Chand, Lucknow.

Berikut adalah senarai pasukan dalam setiap kumpulan yang layak beraksi dalam kejohanan Piala Dunia Remaja 2016.

Kumpulan A

  • Australia
  • Argentina
  • Austria
  • Korea Selatan
SEE ALSO  Keputusan All England 2017 : Jadual Live Streaming

Kumpulan B

  • Belanda
  • Belgium
  • MALAYSIA
  • Mesir

Kumpulan C

  • Jerman
  • Sepanyol
  • New Zealand
  • Jepun

Kumpulan D

  • India 
  • England
  • Afrika Selatan
  • Kanada

Jadual Perlawanan Malaysia Di Hoki Piala Remaja Dunia 2016

Berikut adalah keputusan melibatkan pasukan remaja Malaysia di Kumpulan B.

  • 9 Disember 2016 (830 malam) – Malaysia vs Belanda : 2 – 7
  • 11 Disember (630 petang) – Malaysia vs Mesir : 2 – 0
  • 12 Disember (630 petang) – Malaysia vs Belgium : 0 – 3

* Waktu Malaysia

Perlawanan Klasifikasi 9/12

  • 14 Disember 2016 : Malaysia vs New Zealand : 1 – 3

Perlawanan Klasifikasi Tempat Ke 11/12

  • 17 Disember 2016 : Malaysia vs Austria : FT 2 – 2. Malaysia menewaskan Austria 2-1 melalui penentuan pukulan penalti. Malaysia menduduki tangga ke 11 dari 16 pasukan yang bertanding

Format Pertandingan

Untuk makluman, 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir. Pasukan tangga ketiga akan beraksi dalam perlawanan klasifikasi 9 hingga 12. Manakala pasukan tangga keempat akan beraksi dalam penentuan tempat 13 ke 16.

Diucapkan selamat beraksi buat skuad hoki remaja Malaysia di Kejohanan Hoki Remaja Dunia 2016 di India. Semoga pemain dapat beraksi dengan cemerlang dalam mengejar tempat terbaik kejohanan.

SEE ALSO  Gambar Jersi Pasukan Liga Malaysia 2017

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*