Keputusan Malaysia Vs Myanmar 28 Mei 2016 Friendly

Keputusan Malaysia Vs Myanmar 28 Mei 2016. Skuad bolasepak Harimau Malaysia hanya mampu seri dengan pasukan kebangsaan Myanmar dalam perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A di  Stadium Thuwunna YTC, Yangon Sabtu, 28 Mei 2016. Keputusan Malaysia Vs Myanmar 28 Mei 2016 adalah 0-0 dimana perlawanan yang  bermula jam 730 malam ini telah disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801. Pada keseluruhan permainan, pasukan Myanmar lebih menguasai perlawanan berbanding pasukan Malaysia yang hanya sekali-sekala mendominasi permainan. Gabungan pemain JDT dan Selangor mendominasi kesebelasan utama pasukan Malaysia di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

siaran langsung Malaysia Vs Myanmar 28 Mei 2016

Perlawanan persahabatan ini adalah persediaan bagi mengahdapi perlawanan Play-off Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor-Leste di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada 2 dan 6 Jun 2016.

  • Terkini : Malaysia menang kedua-dua perlawanan menentang Timor Leste

Keputusan Malaysia Vs Myanmar 28 Mei 2016

Berikut adalah keputusan terkini dan penuh perlawanan Malaysia vs Myanmar, Sabtu 28 Mei 2016 bermula jam 730 malam.

  • Myanmar 0 vs 0 Malaysia (Keputusan Penuh)

Kesebelasan Pemain

kesebelasan pemain Malaysia Vs Myanmar 28 Mei 2016

Sumber : FB FAM

Antara pemain simpanan yang dimasukkan pada separuh masa kedua adalah S.Chanturu, S. Kumaahran, Christie Jayaseelan, Amirul Hisham Awang Kechik, Khair Jefri Jones dan Zaquan Adha. Dari perlawanan yang telah berlangsung, dapat disimpulkan yang masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh skuad Harimau Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*