Keputusan Undian AFF Suzuki Cup 2016

Piala AFF Suzuki 2016 Undian Kumpulan. Apakah Keputusan Undian AFF Suzuki Cup 2016 kali ini? Kejohanan bolasepak berprestij di Asia Tenggara iaitu Piala AFF Suzuki 2016 atau AFF Suzuki Cup akan berlangsung hujung tahun ini. Skuad bolasepak Harimau Malaysia akan beraksi pada kejohanan bolasepak dua tahun sekali ini di mana Thailand adalah juara bertahan. Ianya akan diadakan dari 19 November hingga 17 Disember 2016 dengan majlis undian kumpulan akan berlangsung Selasa ini, 2 Ogos 2016 di Yangon, Myanmar jam 8.30 malam.

Keputusan Undian AFF Suzuki Cup 2016
Keputusan Undian AFF Suzuki Cup 2016

Keputusan Undian Kumpulan Piala AFF Suzuki 2016

Berikut adalah keputusan undian peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2016 di mana tuan rumah bersama adalah Myanmar dan Filipina. 8 pasukan akan bertarung dan bakal dibahagikan kepada 2 kumpulan (4 pasukan setiap kumpulan). Skuad Datuk Ong Kim Swee  berada dalam Pot/ Balang 2 bersama Thailand untuk undian kali ini.

Senarai pasukan mengikut Pot Undian kumpulan Piala AFF Suzuki 2016 adalah seperti berikut:-

  1. Pot 1 : Myanmar dan Filipina
  2. Pot 2 : Malaysia dan Thailand
  3. Pot 3 : Singapura dan Vietnam
  4. Pot 4 : Indonesia dan pasukan yang menjuarai pusingan kelayakan (Brunei, Cambodia, Timor Leste dan Laos)

Keputusan Undian AFF Suzuki Cup 2016 Kumpulan A & Kumpulan B akan dikemaskini selepas pengundian dilangsungkan.

Keputusan Undian Penuh Rasmi

Berikut adalah keputusan rasmi undian Piala AFF Suzuki 2016 yang menyaksikan 4 pasukan terkuat berada dalam Kumpulan A.. Skuad Harimau Malaysia diundi bersama tuan rumah bersama, Myanmar, Vietnam dan juara pusingan kelayakan diantara Brunei, Timor Leste, Cambodia dan Laos

Kumpulan A

  1. Filipina
  2. Thailand
  3. Indonesia
  4. Singapura

Kumpulan B

  1. Myanmar
  2. Malaysia
  3. Vietnam
  4. Juara Pusingan Kelayakan

Jadual Perlawanan

  • Peringkat Kumpulan A & B : 19 – 26 November 2016
  • Peringkat Separuh akhir : 3/4 Disember (First Leg) dan 7/8 Disember 2016 (Second leg)
  • Perlawanan akhir (Final) : Home dan away pada 14 dan 17 Disember 2016

Semoga Keputusan Undian AFF Suzuki Cup 2016 ini akan memihak kepada skuad Harimau Malaysia untuk mengelakan pasukan kuat di pusingan awal.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*