Koleksi Resepi Sandwich Mudah dan Lazat

Koleksi Resepi Sandwich Mudah dan Lazat. Hari ini resepi mama ingin berkongsi beberapa koleksi resepi sandwich yang mudah dan lazat. Menu ini boleh dihidangkan pada waktu pagi untuk sarapan atau pada waktu minum petang. Menu ini juga boleh dibuat sebagai bekalan anak-anak anda ke sekolah. Sangat mudah dan sedap untuk dinikmati. Berikut dikongsikan beberapa koleksi resepi sandwich.

img_7310
Koleksi Resepi Sandwich Mudah dan Lazat

Resepi Sandwich Sardin

Bahan-bahan :-

  • 1 tin sardin saiz besar
  • 1 biji limau nipis
  • 2 labu bawang besar
  • 5 tangkai cili padi di hiris – Jika suka pedas
  • 1 biji timun – di kupas dan hiris nipis
  • 1 ikat daun salad
  • Mentega
  • 4 sudu besar mayonis – boleh lebihkan jika mengikut selera
  • 1 buku roti
  • 1/4 sudu teh – lada sulah
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Garam secukupnya

Cara Penyediaan :-

  1. Buka tin sardin, sejatkan kuah dan pisahkan tulang sardin dengan isi. Kita hanya menggunakan isi sardin tanpa kuah dan hancurkan dengan garfu. Ketepikan seketika.
  2. Kupas bawang besar dan cincang dadu. Panaskan minyak, tumis bawang tersebut hingga wangi dan masukkan isi sardin yang di hancurkan tadi.
  3. Perahkan juga limau nipis ke dalam bahan tumisan sambil di kacau rata hingga agak garing. Perasakan dengan secubit garam, lada sulah dan cili padi (jika suka).
  4. Setelah sardin masak, matikan api dan gaul dengan mayonis.
  5. Seterusnya, sapu mentega pada roti dan letakkan sardin, timun dan daun salad. Lebih enak juga jika roti tersebut di bakar terlebih dahulu.

 

 Resepi Sandwich Roti Poket

img_5265
Koleksi Resepi Sandwich Mudah dan Lazat

 

Bahan-Bahan  :-

Bahan Roti :-

  • 6 keping roti sandwich (Gardenia)
  • 1 biji telur, pukul sedikit
  • Serbuk roti
  • Pewarna kuning

Bahan Inti :-

  • 2 keping daging burger, hancurkan
  • 1 biji bawang holland saiz sederhana, cincang
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 keping hirisan halia, cincang halus
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • 1 camca besar rempah kari daging
  • 1 pokok daun sup hiris
  • 1 camca teh kicap cair
  • 1/3 cawan air

Bahan Lain :-

  • Hirisan halus kobis
  • Hirisan timun
  • Hirisan tomato
  • Sos pilihan

Cara Penyediaan :-

Roti :-

  1. Ambil dua keping roti, tindihkan, kemudian canai hingga leper, potong bentuk bulat ( boleh tekan guna tupperware bulat saiz 4 inci), alihkan dan buat kaedah sama pada baki roti tadi.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup roti tadi dalam telur, kemudian golekkan atas serbuk roti sehingga bersalut. Goreng hingga kuning keemasan, masa ni roti akan melembung membentuk poket. Angkat dan toskan.

Inti :-

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan gaul rata. Tuang sedikit air dan kacau rata.
  2. Masukkan daging burger yang telah dihancurkan, kacau. Tuang baki air dan masukkan serbuk lada hitam dan kicap cair. Masak hingga kering, rasa dan jika ok matikan api.
  3. Masukkan daun sup dan gaul rata. Ketepikan.

Roti Poket :-

  1. Belah dua roti tadi, kemudian kemaskan poketnya, susun timun,tomato dan kobis.
  2. Akhir sekali isikan dengan intinya, paip sos kegemaran dan hidangkan segera.

Resepi Sandwich Tuna

1463930925798-recipemainimagepath
Koleksi Resepi Sandwich Mudah dan Lazat

Bahan-bahan :-

  • 2 keping roti (whole wheat)
  • 1 sudu makan mentega
  • 2 hiris timun
  • 2 hiris tomato
  • 1 helai daun salad

Inti :-

  • 200 gm tuna
  • 2 biji bawang merah | dipotong dadu
  • 1 sudu makan jus limau
  • 5 gm serbuk lada hitam
  • 10 gm mayonis
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan :-

  1. Ambil bekas dan gaul tuna, bawang merah dan juga jus limau. Gaul rata.
  2. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk lada hitam. Gaul rata.
  3. Sediakan roti dan sapukan sedikit mentega di atasnya.
  4. Susun kemas daun salad, timun dan tomato di atasnya.
  5. Letakkan isi tuna dan tutup dengan satu keping roti lagi.

 

Selamat Mencuba

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*