Laluan JDT AFC Champions League 2017 Play Off

Pusingan Kelayakan AFC Champions League 2017. Tahniah kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang sekali lagi akan beraksi dalam pusingan kelayakan AFC Champions League (ACL 2017) untuk 3 musim berturut-turut. Berikut adalah Laluan JDT AFC Champions League 2017. Selaku juara Liga Super Malaysia 2016, JDT adalah satu-satunya wakil tunggal Malaysia di dalam pusingan kelayakan ACL 2017. Jika gagal melepasi peringkat kelayakan ini, JDT dan Felda United akan mewakili Malaysia dalam AFC Cup 2017. Kedah akan layak beraksi di Piala AFC jika JDT layak ke peringkat kumpulan UCL.

Laluan JDT AFC Champions League 2017 Play Off
Jadual Perlawanan/ Laluan JDT AFC Champions League 2017 Play Off

Laluan JDT AFC Champions League 2017 Play Off

Perlawanan pertama JDT dalam pusingan kelayakan yang akan dijalankan secara kalah mati adalah pasukan Bangkok United dari Thailand. Perlawanan ini adalah pusingan kelayakan pusingan kedua yang akan dilangsungkan pada 31 Januari 2017 di tempat lawan.  Sekiranya menang, JDT akan beraksi di pusingan play off dimana kelab pilihan ke 4  dari Jepun akan menanti.

Berikut adalah jadual perlawanan kelayakan AFC Champions League 2017 yang melibatkan JDT. Untuk rekod, JDT tewas kepada kelab Thailand pada pusingan yang sama untuk 2 tahun berturut-turut sebelum ini.

Pusingan Kelayakan 2 (31 Januari 2017)

  1. P1 : Kitchee (HKG) vs Hanoi T&T (VIE)
  2. P2 : Bangkok United (THA) vs Johor Darul Ta’zim (MAS) : JDT menang penalti 5-4 selepas keputusan terikat 1-1 selepas masa tambahan
  3. P3 : Sukhothai FC (THA) vs Yadanarbon FC (MYA)
  4. P4 : Brisbane Roar (AUS) vs Global (PHI)

Pusingan Play-off (7 Februari 2017)

  1. Ulsan Hyundai (KOR) v Kitchee (HK)
  2. Gamba Osaka (JAP) v JDT (MAS)
  3. Shanghai SIPG FC (CHN) v Sukhothai FC (THA)
  4. Shanghai Shenhua FC (CHN) v Brisbane Roar (AUS)

Semoga JDT mampu mencipta sejarah bolasepak Malaysia sekali lagi dengan menjadi pasukan pertama layak ke peringkat Kumpulan AFC Champions League 2017. Ianya tidak mustahil setelah JDT mencipta rekod dengan menjuarai Piala AFC 2015 pertama kali buat pasukan di Asia Tenggara.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*