Lirik Lagu Jalur Gemilang Dan Video

Lirik Lagu Jalur Gemilang. Berikut dikongsikan Lirik Lagu Jalur Gemilang yang dahulunya Bendera Malaysia tetapi kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Lagu Patriotik bertajuk “Jalur Gemilang” adalah sebuah lagu yang dicipta khas untuk memperingati dan membanggakan bendera Malaysia. Penciptaan lagu juga bagi memperingati identiti bendera serta menyeru untuk dikibarkan bendera tersebut dengan megahnya.

Lirik Lagu Jalur Gemilang
Lirik Lagu Jalur Gemilang

Lirik Lagu Jalur Gemilang

Berikut dikongsikan lirik lagu Jalur Gemilang dan beserta video lagu. Lagu ini dicipta Pak Ngah dan lirik oleh Siso Kopratasa.

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang

Video Lagu Jalur Gemilang


Fakta Jalur Gemilang

Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar. Ianya bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Ianya merupakan tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan meliputi 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan. Negeri-negeri tersebut adalah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam – agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Kredit Bendera Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*