Live Streaming Keputusan Final Bolasepak Sukma 2016

Live Streaming Keputusan Final Bolasepak Sukma 2016 Wilayah Persekutuan vs Perak. Pasukan manakah yang bakal memenangi pingat emas Bolasepak Sukma 2016 di Sarawak? Semuanya akan terjawab malam ini Sabtu, 30 Julai 2016 apabila perlawanan akhir bolasepak akan dilangsungkan. Pasukan bolasepak Wilayah Persekutuan akan bertemu dengan Perak untuk menentukan pemenang ibu segala pingat ini. Siaran langsung perlawanan akan disiarkan secara langsung di kaca TV anda melalui saluran RTM TV1 bermula jam 830 malam. Keputusan perlawanan akan dikemaskini semasa perlawanan.

Keputusan Final Bolasepak Sukma 2016
Keputusan Final Bolasepak Sukma 2016

Keputusan Final Bolasepak Sukma 2016 Wilayah Persekutuan Vs Perak

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Akhir bolasepak Sukma 2016 Sarawak :-

  • Wilayah Persekutuan 0 – 2 Perak
  • Siaran langsung di RTM TV1
  • Bermula jam 830 malam, Sabtu, 30 Julai 2016
  • Keputusan Akhir : Perak : EMAS, Wilayah Persekutuan : PERAK & Sabah : GANGSA

Sebagai panduan, dalam pusingan awal, Wilayah Persekutuan mengungguli Kumpulan C manakala Perak Kumpulan D. Di peringkat Suku Akhir, Wilayah Persekutuan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 manakala Peral menewaskan pasukan tuan rumah Sarawak.

Pada perlawanan separuh akhir, WP menewaskan Pahang manakala Perak membenam Sabah dengan keputusan masing-masing 1-0.

Untuk makluman, Selangor kini mendahului pungutan pingat SUKMA mengatasi pencabar terdekat Sarawak. Majlis penutup Sukan Malaysia 2016 akan diadakan pada Ahad, 31 Julai 2016 dan juga bakal disiarkan secara langsung di saluran RTM TV1.

Nantikan keputusan perlawanan Final Bolasepak Sukma 2016 diantara Wilayah Persekutuan dan Perak yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Tahniah kepada pasukan yang berjaya.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*