Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah 2016 RM500. Pekebun kecil getah di seluruh Malaysia menerima ‘Bonus’ dan berita gembira apabila bakal menerima RM500 di bawah bantuan khas kesan kejatuhan harga getah pada Jun 2016. Dikingsikan dari Bernama, seramai 388,111 orang akan menerima Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah 2016 RISDA secara “one-off” bermula 10 Jun 2016.
Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah 2016 RM500
Bantuan Khas 2016 adalah merupakan bantuan ketiga selepas Bantuan yang sama diberikan pada tahun 2013 dan 2014. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak RM194 juta akan diperuntukkan untuk pengagihan Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah 2016 yang akan dibayar secara one-off kepada pekebun kecil.
BAYARAN RM500 BANTUAN KHAS PEKEBUN KECIL GETAH JUN 2016
- JUMLAH BANTUAN – RM500 (bayaran secara one-off)
- TARIKH BAYARAN – Bermula 10 Jun 2016
- JUMLAH PENERIMA : 388,111 pekebun
Cara Membuat Permohonan Bantuan Khas RM500 Pekebun Kecil Getah 2016
Berikut dikongsikan panduan memohon bantuan yang dikongsikan dari Portal RISDA serta pertanyaan di Pejabat RISDA. Pemohon dinasihatkan untuk menghubungi pejabat RISDA berdekatan atau hadir sendiri dalam mendapatkan maklumat permohonan selanjutnya terutama berkenaan permohonan penoreh getah yang tidak mempunyai kebun getah. Senarai pejabat RISDA di seluruh Malaysia,boleh dirujuk di RISDA
Syarat kelayakan
- 1. Warganegara Malaysia.
- 2. Memiliki tanah/kebun GETAH dengan keluasan 2.5 hektar ke bawah
- 3. Pemilikan tanah yang sah
- 4. Mempunyai Kad Autoriti Transaksi Getah untuk penoreh getah tanpa kebun getah (KAT-G)
Cara memohon:
- 1.Pemohon yang layak boleh mendapatkan borang secara manual di Pejabat RISDA dan menghantarnya ke Pejabat RISDA Daerah/Negeri yang berhampiran (tiada borang online).
- 2.Isi borang dan lampirkan salinan kad pengenalan, geran dan salinan akaun bank
Semoga pemberian Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah 2016 RM500 mampu meringankan beban mereka yang bakal menerima bantuan ini menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri 2016 yang bakal disambut pada 6 Julai 2016 nanti. Via Panduan Malaysia
micheal
Memang tak adalah,saya di belaga sarawak pun belum terima.sekarang sudah bulan 11,mana?
Shirley Silvester
Sya nk tanya mcm mna nk semak kputusan sma,ada kita layak atau tdk..
jeffery
dah nama nya bantuan khas dari kerajaan …tujuannya untuk para petani…bukannya untuk orang yang kaya raya…kenapa sampai sekarang di kampung saya di Sarawak masih belum ada apa apa berita lagi….ke nak tunggu bajet belanjawan 2017?…come on lah…cubalah telus sikit….
Hamba ILAHI
Apa cerita ni…sampai sekarang bantuan RM 500 orang tua saya belum dapat lg…bila ke pejabat risda berdekatan katanya awal bulan 10/ 2016 akan d masukan dalam acc bank…janji apa nii..
tina
tak boleh chck online ke
Matthew tuah
Sampai sekarang pun, di sarawak, duit pampasan belum di bagi, sampai bila tak tau lah
Wendy
Macam mane nak tahu …..kita layak x dapat bantuan risda ni? Bukan apa tahun2 lepas dpat je….tahun ni je x tahu lagi….harap tuan/puan dapat membantu kami ….
ema
Sampai skrg 16.8.16 xdpt lg bntuan tu….
mohd norazmi
Ini lah dinama kan janji tinggal janji….bila tanya jawapan kakitangan risda bhgn selatan tampin negeri sembilah…kadang2 kurang beradab….
ali
mohon dah awal sampai ari ni pun x dapat dh 2 bulan …tp org yang mohon lewat pulak yg lewat pulak dapat. ape cite….semak dgn risda x de masalah samapai skrg x dpt lg…
din
bl kawasan kuala krai akan mendapat bantuan 500 ni?
siti norma
Sy pun blm dpt LA duit bantuan risda tu bila call kta tggu hantar msg…dh sbulan lbh htr borang x kn x proses2 lg ..nk bank in duit pun JD susah ka???kata bantuan khas hr RYA..
hamid
dah dekat sebulan setengah hantar permohonan tapi belum sampai bantuan lagi,rasanya sambung pulak raya haji pulak ni.
nanad
kenapa bantuan masih belom dapat ya? permohonan dibuat sebelum raya lagi. mohon penjelasan
zulfan
Saya pun belum dapat lagi..kata di agihkan kepada pekebun secara sekata…
eila
Nak tanya memohonan kena buat setiap tahun ke atau kita penah dapat rm500 tu x payah buat pemohonan lagi.untuk setiap tahun.
Jess
Pertanyaan..kalau hilang kad autoriti transaksi getah(KAT - G) sementara adakah dapat bantuan Rm 500? Kalau hilang kad autoriti apakah yang perlu dilakukan?Adakah pihak yg mengeluarkan kad tersebut boleh membuat salinan semula kepada pemilik tersebut?mohon pencerahan.
ZA
dh raya seminggu… duit xdapt lagii….
shahrom mat saleh
dah bulan 7 mak.saya blum dapat lagik..kata sebelum raya nih dah seminggu raya…ish ish
Rusdi
Kenapa sehingga kini bantuan tiada rm 500 belum lagi diterima..sedangkan semua syarat lengkap dan mencukupi.
Noraini
Bantuan rm500 tu masih belum dapat..dh nk raya ni..huhu
azah
Mcm mna nk tau permohonan lulus ke tak.hntar borang awal tp org yg hntar lewat dh dpt.
mohon penjelasan
azah
Saya dh hantar borang pd 13 hb. 6 baru ni.tp sampai sekarang duit belum dpt.rakan yg hantar borang lewat dh dapat duit.mcm mna RISDA ni ….bila call kt risda diorg diorg tgh proses.knpa proses borang yg dihantar lewat dulu
azmie
mcm mane nak semak bayaran dah lulus atau x
Zaharah
Saya pn tgh tunggu..xdpt pun lagi….
siti rusmawati rosli
Knpa xdapat lagi duit bntuan 500 tuuu…mk sy sllu g cek duit xda pown…ksian org tua dk mnnti duit rsda niii..dk ulg p mai p mai bnk
pauline
Boleh tanya,my husband sudah dapat voucher tetapi no ic salah,lepas itu mereka cakap nanti buat voucher baru n tukar no ic baru,ok find.lepas itu tunggu sampai mereka kol sampai sekarang pun belum kol lagi.tidak puas hati pergi ke pejabat risda mereka cakap tidak dapat tukar no ic lagi.memang tidak dapat tukar kh?tau tak ada masa untuk tukar??
zaidi ibrahim
Macam mana Nk Tahu dpt ke take bantuan
Heryanti Yanti
Boleh ke buat permohonan lagi? Sebab dalam 1 geran, ada 2 nama…perlu ke dua2 [email protected] seorang saja memohon?
MySemakan
Hanya sekadar seorang sahaja yang perlu memohon
azah
Kenapa borang saya yg hntar dulu x dpt lg keputusan. Kawan yg hantar borang lewat dh dpt duit.mcmna nk tau lulus ke tidak
Erdawati che abas
bila last tarikh permohonan?
MySemakan
Difahamkan sehingga peruntukan yang disediakan habis diagihkan. Cepat-cepatlah memohon jika layak
Rasidi Abdul Rahman
Pertanyaan….kalau pemilik lebun memberi org lain menoreh….siapa yg layak….dua dua dapat atau salah satu…..
MySemakan
dua dua boleh dapat dengan syarat tuan tanah mempunyai kebun dengan keluasan 2.5 hektar kebawah manakala penoreh pula mesti mempunyai kad hijau sbg penoreh
cpul86
Bahagian sarawak bila dpat rm 500.kad hijau tercicir djabatan pertanian