Umum sedia maklum yang bermula Disember 2014, harga petrol dan diesel di Malaysia adalah ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal di mana harga akan ditetapkan setiap bulan berdasarkan harga purata pasaran bulan sebelumnya. Berikut adalah Harga Minyak Petrol Dan Diesel Jun 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Harga runcit rasmi Petrol RON95 (Tanpa subsidi), RON97, Diesel bulan Jun 2016 akan diumumkan pada hari terakhir bulan Mei iaitu pada Selasa 31 Mei 2016.
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Jun 2016
- RON95 : * Harga kekal RM1.70 (RM1.70 seliter)
- RON97 : * Harga Kekal RM2.05 (RM2.05 seliter)
- DIESEL : * Harga Kekal RM1.55 (RM1.55 seliter)
- DIESEL EURO 5 : RM1.65 seliter
- RON 100 Petron Blaze : RM2.60 seliter
- Shell V-Power Racing : RM2.55 seliter
Harga dalam kurungan ( ) adalah harga bulan Mei 2016.
Tiada Lagi Subsidi Minyak RON95 Bermula 1 Disember 2014
Kerajaan telah memutuskan bahawa tiada lagi Subsidi Minyak RON95 bermula dari tarikh 1 Disember 2014 di mana :-
- “Subsidi bagi RON95 akan dihapuskan dan harga minyak akan bergantung kepada harga pasaran dunia.
- “Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya,”
Kenyataan telah diumumkan oleh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek.Kerajaan yang telah memutuskan penetapan harga runcit bagi RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal di mana ianya sudah terlebih dahul dilaksanakan bagi petrol RON97.