SAPS Semakan Ibu Bapa Online. Semakan SAPS Ibu Bapa Online atau Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah adalah satu kemudahan atas talian/ online yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semakan SAPS Ibu Bapa online ini dapat membantu Ibu Bapa dalam memantau perkembangan pelajaran anak mereka di mana ianya akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar bagi Sekolah Rendah (Darjah 1 hingga 6) serta Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5). Ibu bapa hanya perlu mengakses sistem SAPS ini melalui cara yang disertakan di bawah ini.

  • Slip Keputusan peperiksaan akan memaparkan keputusan terperinci ujian atau peperiksaan seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas, darjah/tingkatan, peratusan dan lain-lain lagi.
saps ibu bapa

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Online (SAPS Ibu Bapa)

Berikut dikongsikan cara mudah dan cepat yang perlu di buat oleh Ibu Bapa dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Online (SAPS) anak mereka. Dalam memastikan keputusan peperiksaan terkini dipaparkan, sila buat semakan selepas markah keputusan peperiksaan terkini/ semasa habis dikemaskini oleh guru.

  1. Layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  2. Terdapat beberapa Menu seperti Muat Turun, Uji Kelajuan, FAQ dan Semakan Ibu Bapa
  3. Klik Semakan Ibu Bapa

Langkah-Langkah Semak Slip Peperiksaan Pelajar

Selepas Klik Semakan Ibu Bapa, berikut adalah langkah-langkah seterusnya untuk membuat semakan SAPS.

  • Sila masukkan Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa “-” atau “SPACE”)
  • Sila Pilih Jenis Semakan : SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
  • Seterusnya Pilih Tahun ( 2011 hingga 2016)
  • Dan akhirnya klik butang SEMAK LAPORAN

Nota

Selain Semakan SAPS Ibu Bapa, sistem ini ada menyediakan informasi tentang panduan pengguna, muat turun gred pemarkahan peperiksaan terkini serta takwim peperiksan dalaman sekolah meliputi tarikh kemasukan data peperiksaan.

Tarikh Peperiksaan Dalaman Sekolah 2016

Untuk kemudahan ibu bapa, berikut adalah Takwim/ Jadual Peperiksaan Sekolah untuk tahun 2016 mengandungi tarikh dan tarikh key-in markah ke sistem SAPS:-

  1. Ujian Awal tahun
  2. Pertengahan Tahun
  3. Peperiksaan Percubaan
  4. Akhir Tahun
semakan saps ibu bapa online
SEE ALSO  Semakan CTOS Dan CCRIS Online

Cara Hubungi

TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu operasi helpdesk SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali cuti umum)
Rehat 1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 t/hari – 2:45 ptg)

Semoga kemudahan yang disediakan oleh KPM ini iaitu Semakan Keputusan Peperiksaan Online SAPS Ibu Bapa dapat membantu Ibu Bapa dalam meningkatkan lagi tahap pembelajaran anak-anak mereka.

(Visited 4,699 times, 4 visits today)

3 COMMENTS

Leave a Reply