Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2018. Berita baik buat pelajar dan pencari kerja atau sesiapa saja. Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan MARA 2018 yang memaparkan tarikh dan lokasi karnival berlangsung. Karnival Pendidikan MARA 2018 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan berlangsung pada bulan Mac 2018 di 6 lokasi mengikut zon di seluruh Malaysia.
Para pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran, mendapatkan pinjaman atau mencari pelbagai peluang pendidikan, datanglah beramai-ramai ke karnival pendidikan ini. Jangan lepaskan peluang.
Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA Tahun 2018
Jom ramai-ramai kunjungi karnival ini untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan pendidikan dan kerjaya anda pada masa depan. Selain itu, pelajar termasuk pemohon UPU online juga boleh mengunjungi Karnival Pendidikan Tinggi 2018 Jom Masuk U yang akan diadakan pada awal tahun 2018. Berikut adalah jadual (tarikh dan lokasi) Karnival Pendidikan MARA 2018 di seluruh Malaysia.
Tarikh Dan Lokasi Jadual Karnival Pendidikan MARA 2017
Pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran, mendapatkan tajaan atau mencari pelbagai peluang pendidikan boleh mengunjungi karnival ini. Berikut adalah maklumat lengkap mengenai jadual (tarikh & lokasi) Karnival Pendidikan MARA 2018 di seluruh Malaysia.
TENGAH
- Kuala Lumpur : 31 Mac - 1 April 2018 (Sabtu & Ahad) di Lobi Dewan MARA, Lobi Busana MARA dan Hotel Premiera (Aras 6), Kuala Lumpur
PANTAI TIMUR
- Terengganu : 21-22 Mac 2018 (Rabu & Khamis) di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, Terengganu
SELATAN
- Johor : 17-18 Mac 2018 (Sabtu & Ahad) di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor
UTARA
- Kedah : 21 -22 Mac 2018 (Rabu & Khamis) di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Kedah
WILAYAH TIMUR
- Sarawak : 17-18 Mac 2018 (Sabtu & Ahad) di The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak
- Sabah : 24-25 Mac 2018 (Sabtu & Ahad) di Centre Point Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
Nota: Tarikh dan lokasi tertakluk kepada perubahan
Untuk makluman, waktu karnival adalah dari jam 1000 pagi hingga 600 petang
TAHUN 2017
Nota Penting
Pindaan tarikh Karnival Pendidikan MARA 2017 di lokasi :-
- 1) Stadium Sultan Muhammad, Ke IV Kota Bharu, Kelantan pada 4 - 5 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) dan
- 2) Lobi Busana MARA & Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada 7 - 8 Mac 2017 (Selasa & Rabu)
| BIL | NEGERI | TARIKH (HARI) |
TEMPAT & LOKASI |
|---|---|---|---|
| 1 | Perlis | 25 - 26 Februari 2017 (Sabtu & Ahad) | Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis |
| 2 | Kuala Lumpur | 7 - 8 Mac 2017 (Selasa & Rabu) | Lobi Busana MARA & Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premiera, Kuala Lumpur |
| 3 | Kelantan | 4 - 5 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) | Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu |
| 4 | Pahang | 11 - 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) | Megamall, Kuantan, Pahang |
| 5 | Melaka | 11 - 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) | KIP Mart, Bachang, Melaka |
| 6 | Pulau Pinang | 18 - 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) | Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Penang |
7 |
Johor |
18 - 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) |
Plaza Angsana, Johor Bahru |
| 8 | Sabah | 25 - 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) | Suria Sabahm Kota Kinabalu |
| 9 | Perak | 25 - 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) | Aman Jaya Convention Centre, Meru, Ipoh |
| 10 | Sarawak | 30 - 31 Mac 2017 (Khamis & Jumaat) | The Hills Shopping Mall, Kuching |
| 11 | Selangor | 1 - 2 April 2017 (Sabtu & Ahad) | Anggerik Mall, Shah Alam |
| 12 | Kedah | 1 - 2 April 2017 (Sabtu & Ahad) | Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar |
| 13 | Terengganu | 8 - 9 April 2017 (Sabtu & Ahad) | Terengganu Trade Center (TTC), Kuala Terengganu |
| 14 | Negeri Sembilan | 8 - 9 April 2017 (Sabtu & Ahad) | Mydin Mall, Seremban 2 |
Apa Itu Karnival Pendidikan MARA
Matlamat dan objektif utama penganjuran Karnival Pendidikan MARA adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara kepada pelajar-pelajar terutamanya lepasan SPM/STPM, serta orang awam untuk membuat pilihan pengajian yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.
Cara Hubungi
Bahagian Komunikasi Korporat,
- Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA,
- 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
Tel : 03-26134859/60/54 atau Faks: 03-26927386
Teknikal : 03-26134851 - Facebook Karnival Pendidikan MARA
Semoga perkongsian Jadual Karnival Pendidikan MARA 2018 (Tarikh dan Lokasi) ini bermanfaat buat semua. Bukan sahaja kepada pelajar bahkan ianya juga untuk orang awam yang inginkan mengetahui maklumat tentang kerjaya dan pendidikan.
