Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Awal (Khas) Perajurit Muda Lelaki/ Wanita Tentera Darat 2017. Anda berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM)? Berita baik buat anda. Dikongsikan dari Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia, berikut adalah Jadual Pemilihan Awal Perajurit Muda 2017 yang memaparkan tarikh dan lokasi pemilihan.
Jadual Pemilihan Awal Perajurit Muda 2017 (Tarikh Dan Lokasi)
Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk menghadiri diri ke Pemilihan Awal (Khas) Perajurit Muda Tentera Darat di lokasi dan tarikh yang dinyatakan dibawah ini.
Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki/ Wanita Tentera Darat pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Calon-calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.
Pemohon yang berminat untuk menjadi Perajurit Muda TDM, anda boleh merujuk kepada iklan pengambilan yang dikongsikan di bawah ini. Antara maklumat yang dipaparkan dalam iklan Jadual Pemilihan Awal Perajurit Muda 2017 adalah kelayakan akademik, Dokumen dan Sijil yang diperlukan, Gaji dan elaun serta pusat pemilihan.
Iklan Pemilihan Awal (Khas) Perajurit Muda Januari 2017
Untuk grafik yang jelas, sila klik IKLAN TDM.
Senarai Lokasi Pusat Pemilihan
Calon yang berminat boleh hadir dengan berpakaian kemas ke lokasi pemilihan seperti berikut. Sila pastikan anda :-
- LELAKI – Baju kemeja putih berkolar lengan panjang, seluar slack berkasut serta sarung kaki dan
- rambut hendaklah dipotong.
- WANITA – Baju kurung/kasual dan kasut bertutup.
- Masa Pendaftaran: 8.00 pagi
Cara Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
MARKAS TENTERA DARAT 2
SEL PENGAMBILAN
PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
WISMA PERTAHANAN,
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR
Talian seperti berikut: Tel: 03-2071 4258/2197/4254
Semakan Keputusan Perajurit Muda 2017
Keputusan pemilihan Perajurit Muda boleh disemak bermula dari 6 FEBRUARI 2017 di laman sesawang berikut:
- Portal Tentera Darat : https://www.army.mil.my/akhir atau http://army.mod.gov.my/akhir
Kepada warganegara Malaysia yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Anggota Tentera Darat Malaysia. Semoga anda berjaya dalam pemilihan Awal Perajurit Muda nanti.

