Johor Cuti Peristiwa 15 Mei 2016 Juara Piala FA 2016. Rakyat Negeri Johor akan bercuti esok, Ahad 15 Mei 2016 jika JDT menjuarai Piala FA 2016 bertemu PKNS malam ini di Stadium Shah Alam. Kedudukan pada separuh masa pertama, JDT sedang mendahului 2-1. Keputusan Johor Cuti Peristiwa 15 Mei 2016 Jika Juara Piala FA 2016 ini dimaklumakan oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim seperti dipetik dari BH online.
jdt cuti peristiwa ahad jika JDT juara Piala FA 2016
Johor Cuti Peristiwa 15 Mei 2016 Jika Juara Piala FA 2016
Menurut Datuk Ismail Karim, perkara ini dititahkan sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebentar tadi.
* Untuk makluman, Negeri Johor bercuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Kerajaan Johor sebelum ini pernah mengisytiharkan cuti peristiwa selepas JDT memenangi Piala AFC tahun 2015 selepas berjaya menewaskan FC Istiklol 1-0.