Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2016
Berikut disertakan jadual atau kalendar peperiksaan MUET tahun 2016 yang dikongsikan dari Laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia. Kalendar MUET 2016 ini memaparkan tarikh-tarikh penting pendaftaran dibuka dan ditutup, tarikh ujian speaking dan ujian bertulis MUET 2016.
Menurut FB Rasmi UPU, keputusan MUET adalah syarat umum yang perlu dipenuhi oleh calon yang memohon kemasukan ke IPTA peringkat IJAZAH bukan untuk kemasukan ke program DIPLOMA dan ASASI IPTA.
| KALENDAR MUET 2016 | |||
|---|---|---|---|
| PERKARA | SESI MAC | SESI JULAI | SESI NOVEMBER |
| TARIKH PENDAFTARAN DI BUKA | 5 NOVEMBER 2015 | 15 MAC 2016 | 3 JUN 2016 |
| TARIKH PENDAFTARAN DI TUTUP | 8 JANUARI 2016 | 11 MEI 2016 | 3 OGOS 2016 |
| TARIKH UJIAN SPEAKING | 23, 24, 25, 29 FEBRUARI, 1, 2 MAC 2016 | 18, 19, 20, 21, 25 DAN 26 JULAI 2016 | 11, 12, 13, 17, 18 DAN 19 OKTOBER 2016 |
| TARIKH UJIAN BERTULIS | 12 MAC 2016 | 30 JULAI 2016 | 5 NOVEMBER 2016 |
Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2016
Nota : Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
Untuk kemudahan pelajar dan pemohon, sila semak syarat kemasukan terkini dan program pengajian anda di IPTA di Sistem e-MAS. Adalah diingatkan yang memang perlu ada MUET untuk layak memohon di mana Syarat Am adalah MUET band 1 tetapi Syarat Khas permohonan adalah bergantung kepada program apa yang dipohon. Ada kursus yang memerlukan MUET Band 2 dan sebagainya.

MySemakan
Visitor Rating: 5 Stars