Semakan Keputusan Egtukar Sesi Jun 2016 Online. Bilakah tarikh keputusan pertukaran guru sesi Jun 2016? Berdasarkan kepada keputusan tahun 2015, semakan Keputusan Egtukar Jun 2016 dijangka dapat dibuat pada minggu keempat Mei 2016 (Tarikh rasmi akan dikemaskini). Pada tahun 2015, semakan keputusan egTukar telah diumumkan pada jam 12.00 tengahari, 30 Mei 2015. Keputusan penempatan pertukaran guru yang telah lulus pula telah diumumkan pada 5 Jun 2015.
semakan keputusan egtukar jun 2016 online
Semakan Keputusan Egtukar Sesi Jun 2016 Online
Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Sesi Jun 2016 akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Permohonan egtukar online adalah melibatkan pertukaran guru antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Jun 2016 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based).
Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan semakan semula dalam tempoh empat belas (14) hari selepas keputusan kelulusan pertukaran diumumkan. Pemohon boleh menghantar rayuan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) khidmat semasa atau PPD yang dimohon.
Applikasi Semakan Keputusan Egtukar Jun 2016
Sila layari http://epgo.moe.gov.my/ untuk membuat semakan keputusan
- Tarikh Semakan Keputusan egTukar : Akan dikemaskini
- Tarikh Semakan Penempatan Guru : Akan dikemaskini
Sila ambil perhatian bahawa pertukaran guru yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan
Selamat membuat semakan keputusan dan penempatan egTukar Sesi Jun 2016 online dan semoga anda berjaya.

